saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 17/10/2014

Struktur semula kadar cukai barangan mengikut kelas

SHAHRIR SAMAD

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Kerajaan disarankan supaya menstruktur semula kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mengikut kelas atau kategori selepas setahun ia dilaksanakan.

Tan Sri Shahrir Abdul Samad (BN-Johor Bahru) berkata, langkah itu menjadikan kaedah penentuan kadar GST lebih fleksibel dan kadar yang berbeza seharusnya dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan tertentu.

"Sebagai contoh, bagi barangan mewah, janganlah dikenakan cukai enam peratus sahaja. Perlu difikirkan bagaimana boleh dikenakan kadar lebih tinggi sedikit," katanya ketika membahaskan Bajet 2015 di sini hari ini.

Sementara itu, Shahrir mencadangkan kerajaan melaksanakan kutipan cukai kemewahan ke atas aset-aset mewah yang dimiliki rakyat seawal 2016.

Beliau memberitahu, cukai tersebut telah dilaksanakan di Eropah termasuk di Belanda dan Norway.

"Rakyat bukan sahaja perlu mengisytiharkan pendapatan malah aset mereka juga akan dikenakan cukai kemewahan," jelasnya.

Shahrir menambah, cadangan itu seharusnya diberi pertimbangan oleh kerajaan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan hasil negara.

Beliau turut menyifatkan cukai keuntungan hartanah (RPGT) yang diperkenalkan kerajaan sebagai langkah yang tepat dan wajar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 6:59
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.