saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 17/10/2014

Mansuh pengecualian ICP kenderaan Thailand

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Kerajaan bersedia untuk memansuhkan pengecualian Permit Peredaran Antarabangsa (ICP) kepada kenderaan asing dari Thailand untuk memasuki negara ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, perkara itu kini di peringkat perbincangan untuk mengkaji semula mekanisme kawalan kemasukan kenderaan asing secara sistematik bagi membanteras penyalahgunaan pengecualian itu sehingga banyak berlaku kejadian jenayah.

Menurut beliau, pengecualian ICP pada masa ini sudah tidak lagi relevan kerana telah diseleweng oleh kenderaan negara jiran.

"Dengan adanya kawalan sistematik ini, kerajaan juga sedang mengkaji supaya ada penyeragaman mengenai kemasukan kenderaan asing ini di semua sempadan negara.

"Saya yakin dalam tempoh terdekat, kerajaan akan buat satu peraturan lebih kemas untuk mengawal sempadan kita," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang ingin tahu adakah kerajaan berhasrat mengkaji semula pengecualian permit ICP kepada kenderaan Thailand supaya kes-kes jenayah tidak berlaku.

Abdul Aziz berkata, pada masa ini, kenderaan asing Thailand diberikan kelonggaran untuk memasuki sempadan tanpa ICP bagi jarak sejauh 2 kilometer bagi sempadan Kelantan, Kedah dan Perlis manakala 7 kilometer bagi sempadan Pengkalan Hulu Perak melalui satu perjanjian persefahaman antara kerajaan Malaysia-Thailand sejak tahun 1993.

Walau bagaimanapun, katanya, ekoran kelonggaran yang diberikan itu menyebabkan sempadan negara dimasuki sewenang-wenangnya secara tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan digunakan bagi penyeludupan dadah, senjata api dan aktiviti pemerdagangan manusia.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mengenai tindakan penguatkuasaan yang dilakukan terhadap kenderaan asing, Abdul Aziz berkata, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil tindakan terhadap 1,607 kenderaan asing yang melakukan kesalahan pada 2012 manakala sebanyak 2,245 kesalahan serupa pada 2013.

Katanya, sebanyak 440 kenderaan Thailand telah dikenakan saman dan tiga disita daripada 954 kenderaan diperiksa melalui Operasi Kenderaan Thailand yang dijalankan dalam tempoh 24 April hingga 31 Ogos lalu.

"Walau bagaimanapun, kebanyakan pesalah dapat menghidu penguat kuasa selepas jarak 2 kilometer dan banyak jalan tikus di Kedah dan ini menyusahkan kita untuk menangkap lebih banyak kenderaan Thailand.

"Sebab itu untuk mengatasi secara tuntas masalah ini ialah menghapuskan terus pengecualian permit ICP itu maka kawalan hanya dibuat di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang ditetapkan dan ini akan diseragamkan juga dengan kenderaan Singapura melalui satu sistem agar pengawalan di sempadan adalah lebih kemas," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.