saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 23/06/2012

Hanami menikmati keindahan bunga sakura

Pelancong asing turut tidak ketinggalan meraikan kedatangan musim bunga sakura.

Di Jepun, bunga tersebut mekar mencapai kemuncaknya bermula pada bulan Mei hingga April.

Bukan hanya bunga sakura, beraneka bunga lain juga mekar berwarna-warni. Suasana itu biasanya disusuli dengan pelbagai festival bunga di merata tempat sekitar negara matahari terbit.

Bagi warga Jepun, musim bunga merupakan permulaan awal kehidupan baru yang indah penuh harapan.

Itulah sebabnya mengapa saban tahun industri perusahaan, pertanian dan institusi pelajaran dimulai pada awal April.

Dalam kebudayaan Jepun, bunga sakura amat bernilai dan dijadikan tradisi sejak zaman Heian, sekitar tahun 794 masyarakatnya akan mengadakan pesta bagi menyambut musim bunga sakura.

Tradisi itu menjadi acara ritual keagamaan di Jepun dan upacara doa sebelum musim menanam diadakan terlebih dahulu agar para petani mendapat keberkatan pada musim panas.

Bunga sakura biasa ditanam secara berkelompok. Saat berbunga, semua pohon bunga sakura di lokasi tersebut akan mekar serentak.

Jika diperhatikan, pohonnya tidak berdaun dan hampir seluruh pokok tersebut dipenuhi bunga sakura.

Spesies bunga tersebut memiliki lebih dari seratus jenis tetapi yang paling popular ialah Somei Yoshino dan Yamazakura.

Secara umum, jumlah kelopak bunga sakura hanya mempunyai lima kelopak dan ada juga yang mempunyai sehingga 20 kelopak.

Warnanya pula berwarna putih dan merah jambu. Ada juga yang berwarna merah jambu tua dan putih kekuning-kuningan.

Warnanya berubah ketika ia mula berkembang (putih) kemudiannya berubah menjadi kemerah-merahan.

Pesta bunga sakura

Sudah menjadi kebiasaan bagi seluruh penduduk Jepun menantikan ketibaan musim bunga sakura mekar.

Sambil menikmati keindahan bunga sakura, kebanyakkan individu berkelah (hanami), makan minum sambil menyanyi bersama ahli keluarga, rakan sepejabat dan teman istimewa bak pesta di bawah pohon bunga sakura.

Pesta taman yang meriah itu dinamakan sebagai enkai. Biarpun saat musim bunga sakura mekar ditunggu-tunggu, musim itu berlangsung tidak lama.

Waktunya amat singkat sekitar seminggu hingga sepuluh hari. Setelah itu, daun bunga yang nipis akan mulai gugur.

Pohon bunga sakura itu biasanya ditanam secara berkelompok dalam jumlah yang besar. Di musim bunga, taman-taman itu kelihatan amat indah bagaikan diselimuti bunga sakura berwarna putih, merah jambu atau kuning muda.

Saat bunga sakura mekar agak sukar untuk diketahui umum kerana ia bergantung terhadap keadaan iklim setempat dan dipengaruhi pula oleh faktor alam seperti hujan, angin, dan cuaca.

Secara umum bunga sakura mula berkembang bermula dari daerah selatan yang berudara lebih hangat.

Di kawasan Okinawa, bunga sakura mula mekar pada bulan Januari.

Iklim panas yang dikatakan bermula dari daerah utara bakal bergerak ke kawasan-kawasan lain seperti Hokkaido.

Di daerah paling utara, bunga sakura mekar pada bulan Mei begitu juga dengan kawasan sekitarnya seperti Tokyo dan lain-lain bermula pada akhir Mei hingga April.

Di daerah pergunungan yang berudara lebih dingin, bunga sakura akan mekar lebih lewat.

Untuk memenuhi hasrat masyarakat Jepun dan pelancong untuk menikmati bunga sakura, setiap hari Badan Meteorologi Jepun mengumumkan keadaan cuaca melalui media elektronik mahupun media cetak.

Keadaan bunga tersebut diumumkan secara meluas kerana berita mengenai perkembangan iklim dan persekitaran tibanya musim bunga sakura untuk setiap daerah dinanti-nantikan dan masyarakat Jepun berpeluang merancang dengan tepat waktu dan lokasi untuk hanami dan pesta enkai.

Bagi mereka yang tinggal disekitar Tokyo, pastinya agak sukar untuk melihat bunga sakura kerana ia sarat dengan bangunan kosmopolitan yang tinggi.

Oleh yang demikian, mereka perlu mencari lokasi terbaik seperti mengunjungi taman awam.

Bagi pelancong yang melawati Tokyo pula, tidak semua taman dibuka untuk kunjungan awam.

Bagi yang berpeluang mengunjunginya, lokasi terbaik di Tokyo untuk menikmati keindahan bunga sakura ialah di Ueno Park, Yoyoki Park, Chidorigafuchi, Sumida Park, Inokashira, dan Aoyama Park manakala di Shinjuku Gyoen dan Kebun Koishikawa pula mengenakan kadar bayaran sebanyak 200 hingga 330 yen.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.