saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 30/06/2012

Konsep Bali di Seri Malaysia Kangar

BERLATARBELAKANGKAN Bukit Lagi, Hotel Seri Malaysia di Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis yang menerapkan konsep Bali sentiasa menjanjikan pemandangan indah yang mendamaikan.

EMILIH hotel bukan sekadar untuk 'berhenti' sama ada untuk bermalam atau berehat sekejap tanpa mempedulikan apa keistimewaan yang ditawarkan.

Walaupun persinggahan untuk menginap hanya buat sementara waktu tetapi jika hotel itu memenuhi segala hasrat yang diinginkan, maka ia pasti meninggalkan satu kenangan manis yang sukar dilupakan.

Ini membuatkan hati bagai ditarik untuk kembali semula menginap di hotel yang sama.

Atas alasan itu, Hotel Seri Malaysia (HSM) Kangar yang terletak di Lot 8101, Mukim Utan Aji, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis cuba memancing hati pelanggan dengan menyajikan hiasan dalaman bertemakan moden kontemporari mengikut gaya resort Bali, mulai dari pintu masuk sehingga ke setiap sudut hotel termasuk di sepanjang lorong menuju ke bilik menginap.

''Kami cuba sesuaikan hotel ini dengan gaya Bali memandangkan ia menjadi trend masa kini, khususnya bagi mereka yang ingin merehatkan diri dalam suasana damai umpama tinggal di kediaman masing-masing," kata pemegang francais hotel tersebut, Zahriah Abd. Kadir .

Lagipun, katanya, gaya Bali sesuai dipadankan dengan hotel itu memandangkan ia adalah trend terkini yang mana suasana tersebut boleh dinikmati pelanggan sepanjang menginap di HSM Kangar.

Zahriah berkata, tambahan pula HSM Kangar terletak paling utara Semenanjung, yang mana konsep Bali akan menambahkan lagi nilai, sekali gus mampu mewujudkan suasana nyaman yang diingini setiap pelanggan hotel.

Bagaimanapun, suasana Bali itu bukan sahaja wujud di dalam bilik hotel, malah turut ada di luar kawasan di antara bangunan hotel, misalnya ruang di antara dua buah pondok yang boleh digunakan pelanggan berehat.

Selain itu, keindahan pokok-pokok bunga hiasan membuatkan setiap pengunjung berasa seperti berada di taman yang indah.

Jika sudah jemu menjamu mata dengan panorama mengasyikkan di sekitar hotel, apa kata singgah pula di kolam renang yang disediakan.

Di kolam itu, pelanggan boleh melakukan aktiviti renang sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.

Lebih menarik lagi, lokasi hotel yang terletak bersebelahan dengan kawasan Bukit Lagi dan Gua Cenderawasih itu turut menyajikan pemandangan hijau yang disegarkan dengan tiupan angin.

''Pelanggan HSM Kangar yang suka beriadah di kawasan kaki bukit sehingga atas bukit boleh bersantai termasuk berjoging di laluan yang disediakan," kata Zahriah.

Bagi yang tidak pernah melihat sawah padi, pemandangan sawah luas terbentang sama ada pada musim padi menghijau atau padi menguning, boleh dilihat dari hotel.

Boleh dikatakan juga, pengalaman menginap di HTM Kangar bagaikan berada di sebuah perkampungan yang bersih lagi indah.

''Ini juga bersesuaian dengan tema resort yang kami tawarkan bagi membolehkan pelanggan terasa bagaikan bercuti di kawasan peranginan," katanya ketika ditemui S2.

Bagi yang ingin merasai pengalaman menarik di hotel ini, pelbagai jenis bilik ditawarkan iaitu daripada jenis standard, family, deluxe dan suite yang berharga daripada RM155 hingga RM350 semalam.

Selain itu, kata Zahriah, HSM Kangar juga menyediakan pakej seminar, mesyuarat dan persidangan yang lengkap dengan kemudahan yang diperlukan.

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi 04-9771777 atau melayari lama web www.serimalaysia.com.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.