saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 21/07/2012

Belajar & beriadah di Gunung Belumut

Pintu gerbang Hutan Lipur Gunung Belumut, Kluang, Johor menyambut kedatangan para pengunjung.

ERJALANAN mengambil masa hanya 45 minit dari bandar Kluang, Johor ke Felda Ulu Dengar yang terletak kira-kira 39 kilometer dari daerah itu.

Tempat yang dituju adalah Hutan Lipur Gunung Belumut yang merupakan sebuah hutan simpan milik Jabatan Perhutanan Negeri Johor yang dijadikan tempat kajian, rekreasi dan pendidikan bagi orang ramai.

Ia amat popular di kalangan penduduk sekitar Johor yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi yang masih belum tercemar dan terletak tidak jauh dari bandar.

Kedudukannya di kawasan tanah rancangan Felda memudahkan lagi pergerakan ke sana walaupun tidak mempunyai pengangkutan awam khusus untuk masuk ke kawasan tersebut.

Orang ramai boleh memilih untuk memandu sendiri atau pun menaiki bas, namun penulis yang balik bercuti ke kampung baru-baru ini pergi ke sana dengan menaiki kereta.

Tidak sukar bagi mereka yang kali pertama mahu ke Hutan Lipur Gunung Belumut kerana papan tanda disediakan sepanjang perjalanan di dalam kawasan Felda tersebut.

Paling penting pengunjung perlulah mengetahui di mana letaknya Felda Ulu Dengar sebelum boleh sampai ke kawasan hutan simpan itu.

Felda Ulu Dengar terletak di jalan menuju ke Mersing di pekan Kampung Gajah. Mudah untuk mencari pekan ini kerana terdapat sebuah penjara iaitu Penjara Kluang Batu 8 di Jalan Kluang - Mersing.

Di sini, bukan sahaja pengunjung dapat menikmati alam sekitar, bahkan boleh mandi di air sungai yang jernih dan tidak tercemar yang terdapat di kawasan itu.

Kawasan mandi itu menjadi tarikan utama kepada pengunjung kerana mereka boleh terjun dari tebing tinggi, namun ia dilarang oleh pihak pengurusan hutan kerana berbahaya.

Bagaimanapun, pasti pengunjung dapat melihat ramai remaja dan mereka yang berani melakukan aksi terjun dari ketinggian 10 meter dari tebing.

Selain mandi di sungai yang sejuk dan bersih, mereka yang suka mendaki gunung boleh mendaki Gunung Belumut yang berketinggian 1010 meter (3,314 kaki) dari paras laut.

Sebelum mendaki, setiap pengunjung perlu meminta kebenaran daripada pejabat Jabatan Hutan Negeri Johor di situ dan membuat laporan polis untuk memaklumkan mengenai aktiviti itu. Ia adalah prosedur biasa bagi pendaki.

Biasanya, pendakian pergi dan balik ke puncak gunung boleh dilakukan sehari suntuk bagi individu yang sihat dan cergas. Namun, ada juga yang gemar bermalam di tapak perkhemahan berdekatan puncak, sebelum turun ke hutan lipur keesokan harinya.

Bagi sesiapa yang ingin bermalam di hutan lipur pula, mereka boleh memilih untuk berkhemah atau menginap di calet pada harga berpatutan.

Kepada kaki hutan, bolehlah meneroka keindahan Hutan Lipur Gunung Belumut sekali gus merasai sendiri keindahan alam semula jadi yang belum terusik.

Banyak kemudahan disediakan seperti tandas awam, surau, pondok rehat dan kedai makan. - AMIRUL

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.