saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 17/11/2012

Taman Tema i-City mula dibuka

Pengunjung merasai keseronokan ketika bermain pelbagai permainan di Taman Tema i-City, Shah Alam, semalam. - BERNAMA

SHAH ALAM 15 Nov. - Pemaju Taman Tema i-City, i-Berhad membuat pelaburan sebanyak RM25 juta untuk membangunkan taman tema air 'Water World@i-City' yang dibuka secara rasmi kepada pengunjung bermula hari ini.

Pengarahnya, Monica Ong berkata, taman tema air berkenaan mampu menampung kira-kira 5,000 pengunjung setiap hari dan berpotensi menjadi lokasi terbaik buat keluarga beriadah terutama pada musim cuti persekolahan ini.

Beliau berkata, sebagai tarikan baru di Taman Tema i-City, taman tema air itu menyediakan pelbagai permainan dan antara tarikannya ialah gelongsor Tornado Ride yang dibina dengan ketinggian tujuh tingkat bangunan.

"Kita yakin i-City mampu menarik pengunjung seramai 90,000 seminggu dan 30 peratus daripada jumlah berkenaan dijangka berkunjung ke taman tema air tersebut.

"Kita sedar memang ada taman tema air yang lain berdekatan Shah Alam, namun kita menjanjikan permainan lebih mencabar, berteknologi tinggi dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi lawatan bersama media, di sini hari ini.

Menurut Monica, Tornado Ride merupakan satu-satunya permainan yang ada di rantau Asia Tenggara dan pengunjung berpeluang merasai keterujaan selama 28 saat dengan kelajuan 48 kilometer sejam ketika mencubanya.

Antara permainan lain yang disediakan di taman tema air itu ialah Wave Pool, River Adventure, Giant Jacuzzi dan iChildren's Adventure dan pelbagai lagi.

Dalam pada itu, Monica memberitahu, I-Berhad yakin mampu memperoleh pulangan semula pelaburan untuk membina taman tema air dalam masa dua tahun akan datang.

"Taman tema air tersebut mula dibuka kepada pengunjung bermula hari ini dengan harga promosi sebanyak 50 peratus berbanding harga asal bermula RM30 untuk kanak-kanak sehingga RM50 untuk dewasa.

"Taman tema ini dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi sehingga 7 malam dari hari Isnin hingga Jumaat manakala pukul 9 pagi hingga pukul 7 malam pada setiap hari Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.