saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 15/12/2012

Menginap selesa di Hotel Veenai

TETAMU hotel yang mendaftar masuk akan disambut dan dilayan dengan penuh mesra oleh kakitangan hotel yang bertugas.

JIKA berkunjung ke Butterworth, Pulau Pinang, usah bimbang tentang penginapan. Ini kerana tiada masalah untuk mendapatkan penginapan yang selesa dan menarik di bandar tersebut.

Ada banyak pilihan yang boleh dibuat sama ada hotel bajet, bertaraf dua atau tiga bintang. Kesemuanya ada ditawarkan di bandar itu. Kini, terdapat 10 buah hotel bajet dan dua buah hotel bertaraf dua hingga tiga bintang di Butterworth. Harganya pula amat berpatutan.

Antara hotel bajet yang selesa untuk menginap adalah Hotel Veenai yang terletak di Jalan Bagan Luar.

Hotel setinggi enam tingkat dengan 36 bilik itu menawarkan penginapan selesa untuk semua kategori pelanggan sama ada yang datang untuk tujuan bisnes, bercuti mahupun singgah untuk melepaskan penat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.

Hotel ini terletak berhadapan dengan TMpoint dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti pusat beli-belah, pengangkutan awam, restoran nasi kandar, bank dan pusat hiburan, selain hanya 200 meter dari Balai Polis Butterworth.

Pengarahnya, Abdul Rahman Mk. Mohidein, 60, berkata, hotel ini menarik kerana ia satu-satunya hotel bajet yang tidak menaikkan kadar sewa walaupun pada hari minggu dan cuti umum berbanding dengan hotel bajet lain di negeri itu.

Katanya, tarikan lain hotel itu adalah ia terletak di kawasan yang strategik untuk dikunjungi, selain dikelilingi pembangunan ruang niaga dan perumahan yang pesat di kawasan Butterworth.

"Hotel ini sering kali menerima pengunjung terutama pengunjung dari luar seperti Kelantan, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain kerana ia menawarkan kadar sewa berpatutan," katanya kepada S2.

Abdul Rahman berkata, kadar sewa di hotel itu adalah RM68 untuk bilik standard, superior (RM78), standard twin (RM68), deluxe (RM98) dan family (RM138) semalam.

Menurutnya, setiap bilik mempunyai kemudahan televisyen LCD 32 inci dan penghawa dingin.

Katanya, hotel itu juga menjanjikan nasi beriani yang enak dan dimasak dengan ramuan sendiri pada harga pakej RM12.90 yang boleh didapati di kafenya.

Abdul Rahman menambah, kafe di hotel itu mempunyai kemudahan Astro yang boleh ditonton dari pukul 11 pagi hingga 12 malam, selain menawarkan aneka sajian ala carte.

"Istimewanya, pelanggan dari luar juga boleh membuat pesanan secara dalam talian bagi membolehkan makanan dihantar ke rumah atau ke pejabat dengan caj perkhidmatan penghantaran yang berpatutan.

"Kafe di sini sama sekali tidak menjual minuman keras dan pelanggan tidak dibenarkan membawa minuman keras untuk minum di hotel ini," katanya yang berasal dari Taiping, Perak.

Hotel Veenai mula beroperasi sejak awal tahun ini membabitkan kos pembelian bangunan RM1.8 juta dan RM1.5 juta kos pengubahsuaian.

Tambah Abdul Rahman, hotel tersebut juga menawarkan kemudahan dewan yang boleh memuatkan kapasiti 150 orang untuk seminar dan bengkel pada harga RM200 bagi tempahan selama dua jam dan tambahan RM60 bagi jam berikutnya.

"Dewan ini mempunyai kemudahan surau, alat pandang dengar (projektor) dan sistem alat siaraya (PA sistem)," katanya.

Katanya, harga pakej yang ditawarkan di sini cukup sederhana dan tidak membebankan pelanggan.

"Oleh kerana itu, pelanggan kerap menginap di sini berulang kali kerana harga bilik berpatutan dan menarik, sekali gus menjadikan hotel ini pilihan orang ramai terutama pada musim cuti persekolahan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.