saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 17/02/2013

Apa ada di Lombok?

Penat berjalan kaki, apa kata naik kereta kuda mengelilingi bandar Lombok.

LOMBOK best ke? Rata-rata itulah pertanyaan teman-teman kepada saya mengenai Lombok? Orang tidak pernah tanya macam mana keindahan atau kehebatan pulau Bali, kerana sudah terkenal dan cerita mengenainya menular bukan sahaja ke pendengaran masyarakat malahan ke satu dunia.

Lain dengan Lombok, pulau yang jarang diperkatakan mengenai keindahannya, tetapi lebih glamor dengan kisah lelaki Lombok yang suka melarikan anak dara rakyat Malaysia dan kegilaan lelaki Lombok terhadap wanita berbadan besar.

Persoalan yang klise dan remeh serta bukan penting untuk bahas bila kita bercerita tentang Lombok. Banyak lagi kehebatan pulau yang hampir sama besarnya dengan Bali ini.

Lombok yang terletak di bahagian timur Bali sebenarnya termasuk dalam gugusan Nusa Tenggara Barat (Lombok dan Sumbawa).

Pulau yang didominasi penduduk beragama Islam (85 peratus) ini didiami seramai 3.5 juta orang baru sahaja membuka lapangan terbang bertaraf antarabangsa di daerah Praya setahun yang lalu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok yang terletak satu jam setengah perjalanan ke ibu negerinya, Mataram terletak di bahagian selatan Lombok.

Sebelum ini lapangan terbangnya terletak di Selaparang, bahagian timur Lombok.

Selain persoalan pokok 'Lombok best ke?', banyak lagi persoalan yang ditimbulkan mengenai pulau yang memakan masa selama tiga jam penerbangan dari Kuala Lumpur.

Antara persoalannya, 'murah tak Lombok?', 'cantik tak pantai Lombok?', 'tak takut ke Lombok?' dan 'apa yang ada di Lombok?'

Menjawab persoalan itu, saya akan huraikan secara ringkas agar persepsi orang kita terhadap pulau yang dianggap sebagai Pulau Seribu Masjid ini terarah lebih positif.

Kunjungan ke Lombok selama tiga hari tajaan Air Asia bersama media dan Fauziah Latiff dimanfaatkan sepenuhnya dek kerana tempoh percutian yang singkat.

Sejak AirAsia mengadakan penerbangan tiga kali seminggu ke Lombok tiga bulan lalu, ia mendapat sambutan menggalakkan.

Selain pelancong Malaysia, pelancong asing yang transit ke negara kita juga mengambil kesempatan ini selain penduduk tempatan Lombok yang bekerja di Malaysia.

AirAsia antara penerbangan antarabangsa yang melakukan penerbangan terus ke Lombok, selain Silk Air dari Singapura.

Pada hari pertama, sebaik sahaja tiba di Lombok, kami dibawa ke sebuah pulau kecil terletak di barat Lombok.

Pulau Gili Trawangan, merupakan destinasi popular di kalangan pelancong asing kerana keindahan pantai dan fasiliti yang disediakan.

Untuk ke pulau itu, kami dibawa ke jeti bot laju milik swasta, di Teluk Kara, 90 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok.

Bot laju yang memakan masa 15 minit terus menuju ke jeti Gili Trawangan.

Wow! Itulah luahan yang terpancar dari kotak fikiran ini mentafsirkan betapa indahnya pulau Gili Trawangan dilihat melalui jeti sebagai pintu masuk ke pulau itu.

Gili Trawangan yang berkeluasan 35 kilometer persegi didiami seramai 1,500 masyarakat tempatan, 30 penginapan berkonsep vila dan resort.

Gili mempunyai tiga pulau yang terletak berhampiran antara satu sama lain, Gili Trawangan yang paling besar, Gili Meno dan Gili Air.

Ketiga-tiga pulau ini adalah pusat bagi mereka yang suka dengan aktiviti menyelam dan snorkling serta bersantai di pantai yang panjang.

Di Gili Trawangan kami menginap di Queen Villas yang cukup menarik dan terletak di bahagian hujung pulau.

Dari jeti ke Queen Villas hanya disediakan kereta kuda sebagai pengangkutan utama di pulau itu.

Difahamkan di pulau itu tidak dibenarkan membawa masuk kereta mahupun motosikal. Dua pengangkutan utama ialah kereta kuda dan basikal sahaja.

Di bahagian jeti, terdapat beberapa pusat spa, urutan kaki dan badan berkonsepkan Bali, restoran, kedai cenderamata dan resort pelbagai taraf.

Kereta kuda hanya boleh dinaiki tiga hingga empat penumpang dan bayarannya ialah RM30 satu kereta kuda sehala.

Anda boleh menikmati keindahan pantai dan panorama di pulau ini kerana pantainya begitu panjang bermula dari jeti memanjang dua kilometer ke arah timur dan dua kilometer ke arah barat.

Di bahagian belakang pulau ini tidak ada pantai dan penduduk tempatan hanya dibenarkan membina penempatan di bahagian tengah pulau dan tidak bercampur-aduk dengan kawasan resort.

Dibandingkan resort dan vila di sini, dapat saya katanya ia begitu jauh beza kondisi dan seni binanya kerana di pulau ini mereka membenarkan pelabur asing melabur.

Maka tidak hairan jika resort di pulau ini tumbuh bagai cendawan. Selain itu seni binanya ada yang moden, fusion, konsep resort butik tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisionalnya seperti penggunaan atap rumbia di kebanyakan bahagian lobi dan pintu masuk resort.

Di Gili kami sempat melakukan aktiviti snorkling dan ternyata terumbu karang di sekitar pulau masih belum tercemar dan hidupan akuatiknya juga banyak.

Pada hari kedua kami keluar dari Gili Trawangan dan menuju semula ke Lombok. Dalam perjalanan dari jeti kami melalui jalan utama yang melingkari kawasan berbukit di tepi pantai.

Di situ kami berhenti di kawasan tinjau, Malimbu yang memaparkan panorama indah menghadap laut dari bukit.

Dari situ kita boleh lihat gunung berapi Agong di bahagian timur Bali yang terletak bersebelahan barat Lombok.

Di sekitar kawasan pantai di Lombok, kelihatan pokok kepala yang ditanam secara tersusun dan ladangnya yang bersih. Kemudian kami terus ke kawasan pusat pelancong pantai Senggigi.

Senggigi juga menyediakan banyak kemudahan kepada pelancong, seperti hotel, resort dan vila bertaraf lima bintang hingga ke penginapan yang murah.

Sekitar kawasan itu hidup pada waktu malam, kerana adanya pub dan pusat hiburan untuk para pelancong.

Kami tidak banyak menghabiskan masa di bandar Mataram yang terletak di bahagian tengah Lombok dan lebih kepada bahagian pantai.

Di Senggigi juga anda boleh membeli cenderahati khas Lombok. Lombok yang terkenal dengan ukiran kayu seperti pasu, lampu dinding, kotak perhiasan, bingkai lukisan, mangkuk, dan macam-macam lagi.

Harganya juga murah dan kebanyakan barangan kraf tangan buatan Lombok dibawa ke Bali.

Di Senggigi kami tinggal di Kebun Resort dan Villas yang terletak di tepi bukit. Resort bertaraf lima bintang itu menyediakan kemudahan yang terbaik.

Pulau yang berlandaskan perekonomian pertanian dan pelancongan ini juga terkenal dengan penternakan mutiara di sekitar pantai kerana mutu airnya yang bersih dan berkualiti.

Jika anda menaiki kenderaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok menuju Mataram, pemandangan yang mendominasi panorama anda ialah sawah padi dan ladang kelapa di sepanjang pinggir pantai.

Apa yang menarik di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, ialah kawasan persekitarannya bagaikan satu pesta yang menyambut anda sebaik melangkah keluar dari balai ketibaan.

Memandangkan ia merupakan lapangan terbang baru yang terletak di kawasan desa, para penduduk sekitar mengambil kesempatan menjadikannya sebagai satu tempat riadah di petang dan pagi hari untuk melihat tetamu luar yang datang ke bumi Lombok.

Di bahagian luar kompleks lapangan terbang ada di antara mereka yang berdagang barangan mainan dan makanan.

Tidak kira usia, mereka datang ke kawasan itu untuk menyaksikan pesawat yang mendarat dan berlepas kerana sebelum ini panorama seperti ini tidak dapat dilihat di kampung mereka.

Lombok juga menyediakan perkhidmatan bot besar atau bot laju dari pelabuhan Padang Bai di Bali terus menuju ke pelabuhan Bangsal di Lombok.

Perjalanan bot laju mengambil masa selama dua jam sahaja dari Bali.

Di Lombok, anda masih boleh melihat beberapa kuil Hindu seperti mana yang ada di Bali kerana Lombok pernah dijajah oleh kerajaan Hindu Majapahit.

Bagaimanapun di Lombok anda pasti akan melihat banyak masjid.

Selain dijadikan pulau yang sesuai untuk berbulan madu, Lombok adalah satu destinasi menarik untuk merehatkan minda dan tempat paling sesuai mencari ketenangan.

Lupakan tentang niat anda untuk membeli-belah, kerana setiba sahaja di sana anda pasti lupakan akan itu semua.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.