saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 31/05/2014

Jejak Mahsuri di Pulau Langkawi

PENGALAMAN menaiki kereta kabel begitu mengujakan di Pulau Langkawi.

APABILA berkunjung di Pulau Langkawi, pasti ramai yang akan singgah di Makam Mahsuri yang mana ia merupakan salah satu lokasi pelancongan yang menarik dan 'wajib' dikunjungi di pulau itu. Mungkin ada yang masih tertanya-tanya, siapakah Mahsuri? Biar penulis jelaskan secara ringkas.

Mahsuri ialah seorang gadis jelita yang dilahirkan di Kampung Ulu Melaka, Pulau Langkawi. Bapanya bernama Pandak Maya dan ibunya, Mak Andam. Mereka hidup pada penghujung kurun ke-18 Masihi dan Mahsuri juga digelar sebagai Puteri Langkawi.

Penulis percaya, kisah yang paling popular tentang kehidupan Mahsuri adalah ketika saat akhir sebelum beliau dihukum bunuh akibat fitnah yang sehingga kini menjadi pengajaran dan tauladan.

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan menyumpah Pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai selama tujuh keturunan.

Sesiapa yang ingin berkunjung ke Kompleks Makam Mahsuri, ia terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kuah. Di kompleks itu, anda boleh melawat Makam Mahsuri, replika rumah Kedah, muzium, serta membeli cenderamata yang bertemakan Pulau Langkawi.

ANTARA bahan yang dipamerkan dalam Kompleks Makam Mahsuri.

Anda juga boleh menyaksikan pementasan teater Legenda Mahsuri jika berkunjung pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sekitar pukul 3 petang.

Selain Makam Mahsuri, kunjungan ke tempat lain yang turut mendapat sambutan adalah The Oriental Village Langkawi yang menyediakan perkhidmatan kereta kabel. Perjalanan dari Kompleks Makam Mahsuri ke stesen kereta kabel mengambil masa 40 minit.

Kawasannya terletak di kaki Gunung Machincang. Puncak gunung ini terletak di ketinggian 713 meter (2,339 kaki) dari paras laut. Di situ, terdapat banyak aktiviti iaitu lebih daripada 50 aktiviti dan pengembaraan, kedai cenderamata dan kedai runcit, galeri dan spa serta kafe.

Untuk tip menaiki kereta kabel, pengunjung dinasihatkan terlebih dahulu membeli tiket sebaik sahaja memasuki kawasan tersebut. Ini kerana proses membeli tiket dan menunggu giliran untuk naik akan mengambil masa yang panjang.

Harga tiket untuk menaiki kereta kabel adalah RM30 tetapi sekarang hanyalah RM15. Ini kerana terdapat potongan harga tiket 1Malaysia sebanyak 50 peratus. MyKad haruslah disediakan bagi tujuan membeli tiket.

Masa menunggu giliran lebih kurang 40 minit dan ada tempat menunggu khas disediakan bagi semua pengunjung.

Penulis dapat merasakan perasaan yang sangat gementar ketika sampai giliran untuk menaiki kereta kabel. Pertama kali menaiki kereta kabel, perasaan gugup dan gementar menguasai diri penulis.

Namun, sebaik sahaja kereta kabel bergerak, ternyata ia sangat menyeronokkan dan menggembirakan. Sungguhpun begitu, semakin tinggi kereta kabel menuju ke puncak, semakin gayat penulis dapat rasakan.

Sepanjang menaiki kereta kabel, pengunjung boleh merakam beberapa sudut menarik persekitaran Pulau Langkawi sebagai kenangan. Dari kereta kabel juga, anda boleh melihat indahnya alam ciptaan Tuhan dari pandangan atas. Panorama itu sangat mengagumkan tatkala melihat keindahan yang terdapat di sekitar Gunung Machincang.

Di sepanjang laluan kereta kabel, terdapat dua perhentian. Pengunjung boleh turun ke perhentian pertama untuk menikmati pemandangan dan merakam gambar. Sesudah itu, anda boleh ke perhentian kedua untuk menikmati minuman di kedai yang disediakan sambil menikmati pelbagai hidangan lain.

Selain itu, anda boleh bersantai di kawasan sekitar dan dinasihatkan untuk membawa pakaian sejuk kerana suhu di atas agak dingin. - Siti Aminah Idrus/http://www.kisahemasputih.com

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.