saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 30/08/2014

Pesona Pulau Redang

Agak lama rasanya saya tidak menjejakkan kaki ke pulau untuk bercuti. Namun, pada April lalu iaitu selepas pulang dari luar negara, saya menjejakkan kaki ke Pulau Redang yang terletak di perairan Terengganu. Pulau itu menjadi pilihan untuk dikunjungi sempena Festival Mencandat Sotong Antarabangsa Terengganu 2014.

Gugusan pulau yang pernah dinobatkan sebagai antara pulau tercantik di dunia itu terdiri daripada sembilan buah pulau iaitu Pulau Redang, Pulau Lima, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Kerengga Besar, Pulau Ekor Tebu, Pulau Ling dan Pulau Pinang. Setiap pulau tersebut mempunyai tarikan dan keunikan yang berbeza.

Saya memulakan perjalanan ke Pulau Redang dari Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu iaitu salah sebuah jeti untuk ke sana. Selain itu, pelancong juga menaiki bot dari jeti di Marang. Perjalanan menaiki bot ke Pulau Redang mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit.

Sebanyak dua buah bot disediakan khas untuk rombongan kami iaitu Laguna Redang B7 dan Laguna Redang B9. Laguna Redang B9 agak besar dan lebih seronok dinaiki berbanding dengan Laguna Redang B7. Kakitangan dan kru bot Laguna semuanya peramah membuatkan peserta rombongan berasa teruja sepanjang perjalanan.

Asyik menikmati pemandangan yang memukau, kami tiba di destinasi pertama iaitu Pulau Pinang. Kami diberitahu pulau berkenaan mempunyai lapangan terbang dan kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke Pulau Redang dengan menaiki kapal terbang, anda boleh menggunakan penerbangan Berjaya Air.

Kepada kaki snorkeling, Pulau Pinang merupakan tempat wajib yang perlu anda singgah kerana ia kaya dengan pelbagai jenis ikan. Menurut kapten bot Laguna, kadang kala sekiranya ada peluang, pengunjung dapat melihat penyu di sekitar pulau berkenaan.

Saya bukanlah peminat pantai kerana takut kulit menjadi gelap tetapi pemandangan yang memukau membuatkan saya turun ke laut untuk menikmati alam ciptaan tuhan yang sangat indah dan mempesonakan. Masa sememangnya mencemburui kami. Tidak sedar masa berlalu begitu pantas dan ketika asyik melakukan aktiviti snorkeling, kami terlupa untuk bersiar-siar di bahagian darat pulau.

Seterusnya, kami dibawa ke Laguna Redang Island Resort. Bot kami berhenti di bahagian belakang pulau. Setibanya kami di situ, semua peserta rombongan terpegun melihat pemandangan yang seakan-akan lukisan, cuma yang membezakannya adalah ia realiti.

Lebih membanggakan, pulau ini pernah dijadikan sebagai tempat penggambaran filem Summer Holiday iaitu sebuah filem Hong Kong yang dibintangi Richie Ren dan Sammi Cheng pada tahun 2010. Kedai cenderamata yang masih ada di sini merupakan salah satu lokasi terkenal di dalam filem berkenaan.

Kami menghabiskan masa di pulau berkenaan sebelum mengikuti program mencandat sotong oleh pihak penganjur bersama-sama peserta rombogan yang lain. - Izzati Ghafur/www.kisahtatie.com

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.