saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 31/08/2014

Ketenangan di Makassar

Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk melawat negara jiran yang tidak pernah terlintas dalam fikiran selama ini.

Makassar sebuah ibu kota negeri Sulawesi Selatan yang terletak di Pulau Sulawesi, Indonesia menjadi tempat pilihan saya untuk mengikuti "The 1st Academic Symposium on Integrating Knowledge" di Universitas Islam Negeri Alauddin, Makassar. Suasana kesesakan lalu lintas atau digelar ‘macet’ di merata tempat sesekali tidak menjejaskan hasrat utama untuk ke sana.

Semasa di sana saya dapat menikmati pelbagai makanan yang enak seperti sarabba, sop saudara, sate Makassar, pisang ijo, pisang epe, konro bakar, sop konro, ulu juku, coto Makassar dan pelbagai lagi.

Persinggahan di Kampung Pangkep iaitu sebuah kampung rakan Haji Kahar yang belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), diterima baik oleh seluruh penduduk kampung. Pelbagai juadah kuih-muih tradisional juga telah dihidangkan semasa saya menziarahi kediaman mereka.

Sifat peramah sebilangan besar golongan Bugis Makassar membuatkan saya terharu dan terpegun. Layanan yang diberikan tiada dalam sangkaan.

Ternyata, kehadiran saya di sebuah pondok di tambak belaan ikan air payau yang serba unik di kelilingi pokok api-api dan pokok bakau menjadikannya daya tarikan utama selain ketenangan buat diri saya.

Perjalanan sejauh lebih kurang tujuh kilometer (km) untuk ke destinasi, daripada Pekan Pangkep sedikit pun tidak memenatkan kerana sepanjang laluan telah ditemani oleh kicauan burung serta ikan-ikan yang menyambut akan kehadiran saya.

Gelap gelita pada malam hari, tanpa cahaya di sekeliling pondok tambak ikan telah dihiasi dengan kelipan bintang-bintang kecil di langit. Bermalam di sebuah pondok yang serba sederhana dengan bercahayakan pelita minyak telah menerangi suasana pondok yang berada dalam kegelapan tanpa bekalan elektrik.

Malam yang serba indah, ditemani lagi dengan lintasan pesawat yang berterbangan di tengah awan-awanan melepasi pondok yang saya diami.

Suatu kenangan manis yang tidak akan saya lupakan sehingga hari ini di mana dalam kesibukan di jalan raya, masih ada ketenangan di tepian tambak. Ikan segar ditangkap dan dijadikan hidangan berserta sos ikan bakar untuk kudapan pada malam hari.

Suasana ini belum pernah dilalui sepanjang hidup saya ketika berada di tanah air, Malaysia. Keindahan tambak diserikan lagi dengan bunyi-bunyian cengkerik, kicauan burung, suara katak memanggil hujan, serta hamparan tambak yang masih bebas daripada pencemaran.

Jelas pada lewat malam, kesejukan tambak mula dirasai melalui tiupan angin sepoi-sepoi serta titisan hujan yang mula membasahi bumi. Suasana tambak di kelilingi pemandangan yang masih semula jadi.

Waduh! ternyata sekali sudah lama saya tercari-cari akan suasana sebegini dan ternyata 'kelewatanku' ke Makassar buat pertama kalinya jelas tidak menghampakan.

Yang perlu dihargai ialah sambutan serta layanan baik yang diberikan oleh rakan taulan serta keluarga di Makassar. Walaupun hari ini tubuh saya berada di Melaka, tetapi fikiran masih terbayang-bayang akan keindahan yang terdapat di Makassar.

Ohh Makassar, akan saya jejaki lagi pada suatu masa nanti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.