saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 06/09/2014

August Fest tampil unik

Menggunakan kemerdekaan sebagai tema penganjurannya kali ini, Damansara Street Fest dilihat lebih agresif apabila membawa pelbagai kelainan bagi menarik lebih ramai peminat untuk berkunjung ke acara mereka yang berlangsung di Encorp The Strand, Kota Damansara.

Keunikan yang dibawakan kali ini adalah pameran kereta klasik Mini Cooper oleh Mini Owners Group Malaysia yang mempamerkan 15 buah kereta. Sementara itu, Expendables Malaysia juga mengambil bahagian untuk mempamerkan kira-kira 30 buah motosikal berkuasa tinggi milik mereka.

Pameran berkenaan berjaya menarik minat pengunjung bagi kedua-dua hari penganjuran. Ia juga menjadi kawasan tumpuan untuk pengunjung bergambar bersama kereta dan motosikal berjenama yang menjadi idaman masing-masing.

Selain itu, acara yang dihadiri lebih 10,000 orang ini dikatakan unik kerana sensitif dengan perkembangan semasa apabila mereka turut melancarkan tabung untuk membantu mangsa kekejaman di Palestin.

Tidak ketinggalan, pelbagai acara khas juga dianjurkan bagi menghormati mangsa pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang ditembak jatuh oleh pemberontak Ukraine seperti bertafakur dan persembahan khas oleh band indie yang didedikasikan persembahan mereka kepada kesemua mangsa.

Antara band yang membuat persembahan pada hari berkenaan adalah Three Times Brag, Harith Hashim, Pop Konspirasi dan banyak lagi. Selain itu, beberapa band yang mula meningkat naik di dalam persada muzik tanah air turut menyertainya.

Menurut penganjur, Mohammad Fahhiruul Ezam berkata, acara bertafakur dan mengingati mangsa dibuat tiga kali dalam sehari dan program pada kedua-dua hari penganjuran festival ini tidak keterlaluan demi menghormati keluarga mangsa.

"Acara berjalan seperti biasa tetapi ia penuh dengan kesederhanaan kerana pihak penganjur memahami nasib yang menimba negara baru-baru ini. "Walaupun berlangsung dalam kesederhanaan, namun festival ini berjaya mencapai sasaran dan saya sangat berpuas hati.

"Acara lain seperti jualan di gerai berjalan seperti biasa dan kali ini kami menerima penyertaan daripada orang ramai yang menempah kira-kira 185 buah gerai bagi menampilkan pelbagai jenama yang diusahakan oleh generasi muda termasuk artis," katanya.

Gerai artis juga tidak kurang hebatnya mendapat sambutan daripada pengunjung dan peminat mereka. Antara artis yang mengambil bahagian termasuklah Raykal, Asfan, Shasha Al-Khred dan ramai lagi.

Sementara itu, Mohammad Fahhiruul turut menganjurkan program bersama Mini Club Malaysia iaitu Mini 55 Malaysia bersempena Hari Kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor, minggu lalu.

Acara yang berlangsung selama dua hari itu mula dikunjungi orang ramai seawal pukul 10 pagi sehingga 10 malam yang menyaksikan satu rekod telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records apabila berjaya menghimpunkan kira-kira 500 buah kereta mini klasik. - AZRIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.