saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 20/09/2014

Tak suka kerenah polis macam...!

KAYUHAN di pergunungan Tian Shan memang menakjubkan tetapi kerenah polis di Baluntai dan Henjing yang tidak bertolak ansur menjadi ‘mimpi’ ngeri buat Zahariz

KAYUHAN di sepanjang pergunungan Tian Shan amat menakjubkan.Uhh...saya tak dapat fikirkan perkataan apa paling sesuai untuk menggambarkan kayuhan itu. Namun perkara terbaik yang saya boleh kongsikan adalah dalam bentuk penulisan dan gambar.

Jalan raya memang teruk dan bahaya, jadi hampir tiada kenderaan yang berselisih dengan kami. Jalan raya milik kami untuk sepanjang hari, sunyi dan kami hanya mendengar suara alam sekitar, aliran air sungai, tiupan sejuk angin Siberia dan siulan burung. Berkayuh di bawah langit biru, terik mentari dengan hembusan angin utara membuatkan kayuhan kami amat selesa.

Kayuhan kami agak laju kerana kebanyakan laluan adalah menurun dan kami terasa seperti terbang bersama basikal, bak sang helang sambil melayan pemandangan cantik, menikmati muzik alam yang amat kami sukai, tidur sekejap di tepi sungai...terasa diri berada di syurga!. Pada pendapat saya, kayuhan di Tian Shan lebih menarik berbanding di Tibet.

Sedihnya, hari yang begitu menarik tidak berpanjangan. Kami tiba di pekan Baluntai yang dikawal oleh polis dan tentera. Salah seorang polis di situ amat mesra dengan saya, menunjukkan arah guesthouse berdekatan. Kami menikmati makan malam agak lewat. Pascal keluar ke kedai internet berdekatan untuk memeriksa emel, saya pula berehat di guesthouse.

Beberapa minit kemudian, Pascal balik dengan wajah yang menakutkan sambil ditemani seorang lelaki berpakaian seragam biru!. Dia menjelaskan kepada kami bahawa pekan itu adalah pekan tentera dan orang asing seperti kami dilarang masuk. Okeylah, kami tak tahu dan akan meninggalkan pekan ini keesokan harinya.

Malangnya dia tidak benarkan dan mahu kami keluar sekarang juga!. Saya beritahu dia bahawa mustahil kami dapat keluar sekarang kerana hari sudah gelap iaitu dan suhu di luar semakin sejuk. Di ketinggian 3,000 meter, salji biasa turun pada waktu malam dan awak mahu kami meredah gelap dan berkhemah ketika ribut di luar sana?

Apa yang dia cakap adalah, "saya minta maaf tapi awak tak ada pilihan kecuali tinggalkan pekan ini sekarang juga!". Saya dan Pascal mula naik darah dan bertengkar dengan polis terbabit. Kamu..., polis sepatutnya melindungi masyarakat, bukannya menghantar kami kepada kematian!. Kamu mahu kami berkayuh dalam persekitaran bahaya pada waktu malam di pergunungan ini?

Ini sesuatu yang di luar jangkaan. Kami tak bersedia untuk mendirikan khemah pada masa sekarang. Kami sangat letih dan tolonglah bersifat belas sebagai manusia, benarkan kami tinggal satu malam di sini. Kami perlukan rehat, kemudian barulah kami akan memulakan kayuhan jauh dari tempat yang teruk ini pada awal pagi esok.

DI mana-mana pun boleh merehatkan badan yang keletihan

Namun ‘haiwan’ dalam pakaian seragam itu bukan bersifat manusia, dia tidak pedulikan kami dan tetap berkeras menyuruh kami meninggalkan pekan itu menuju ke Henjing. “Oh... dah tak jauh dari sini, sekitar 80 kilometer (km). Dan...awak boleh rehat di situ, orang asing dibenarkan masuk ke pekan itu. “Eh..,apa yang dia fikir? Hanya 80km dari sini? Kami berbasikal dan jarak itu biasanya memakan masa tiga jam untuk sampai ‘sekiranya’ jalan raya elok.

Kami tak ada pilihan tetapi terpaksa meninggalkan pekan Baluntai pada malam itu juga, dan untuk pertama kali berada di China, saya terpaksa menaiki bas ke pekan Henjing. Sepanjang berada di dalam bas, saya berasa amat sedih terutama ketika melihat keluar tingkap pemandangan yang menakjubkan. Banyak kali saya beritahu Pascal, “Tengok...kita sepatutnya berkhemah di situ jika kami berbasikal sekarang!. Namun tiada apa-apa dapat kami lakukan kerana kami berada di dalam bas.

Lewat malam barulah kami tiba di Henjing dan susahnya nak cari bilik penginapan. Kami amat letih, mengantuk dan hanya ada sedikit tenaga untuk mengayuh. Masalah lain pula muncul apabila kebanyakan guesthouse di sini tidak terima orang asing. Kami terus mencari dan ia memang sukar, lebih-lebih lagi kami tidak bertutur dalam bahasa Cina dan kebanyakan penduduk di sini tidak biasa dengan orang asing. Mereka langsung tak tahu apa yang ditulis pada pasport kami.

Selepas beberapa kali mencuba, hanya ada satu sahaja guesthouse untuk kami. Jika guesthouse itu juga tidak terima kami, maka kami akan cari kawasan yang sesuai untuk mendirikan khemah. Kami agak bertuah, guesthouse terakhir itu sanggup menerima kami. Sekurang-kurangnya, kami boleh mengukir sedikit senyuman, senyum penat.

Keesokan paginya, ketika kami berjalan-jalan di sekitar pekan, sekumpulan polis menghampiri kami dan perkara sama berulang semula!. Mereka beritahu kami orang asing tidak dibenarkan berada di pekan itu, ia kawasan larangan untuk orang asing!. Sekali lagi!!!. Di mana tanda amaran perkara itu... hahh?

Apa semua ni? Tak benarkan orang asing masuk? Adakah di sini ada senjata nuklear atau apa? Polis itu menyuruh kami pergi ke Baluntai sekarang juga!. Saya kemudian menjelaskan kepadanya dalam bahasa Mandarin yang kurang lancar, bahawa polis di Baluntai tidak benarkan orang asing berada di pekan itu dan meminta kami datang ke sini (Henjing)!

Tetapi polis di Henjing pula beritahu kami, mungkin polis Baluntai tidak tahu bahawa Henjing juga tidak benarkan orang asing masuk. Dengan itu, dia menyuruh kami berkayuh semula ke Baluntai untuk bermalam di situ. Mereka kata, tiada masalah kerana Baluntai menerima orang asing.

Oh wow...manisnya kata-kata! Teruk sungguh polis di sini. Polis Baluntai hantar kami ke Henjing... polis Henjing pula suruh kami berpatah balik ke Baluntai. Apa kena kamu ni,... boys in blue???

Maaf kerana berkata kurang sopan tetapi saya rasa saya patut melahirkan perasaan itu dalam penulisan ini. Kesemua polis di situ tak berhati perut, memakai pakaian seragam biru membuatkan diri mereka berlagak. Bersikap seperti haiwan dalam pakaian seragam! Bila mereka senyum kepada kami, ia adalah senyuman penuh kepura-puraan.

Mereka memberi kami masalah tanpa solusi. Mereka kurang ajar dan fikir dengan menyarung pakaian seragam dan memegang kad identiti polis, membuatkan mereka tidak boleh ‘disentuh’. Kami dah jelaskan kepada mereka apa yang berlaku tetapi mereka dengan sombong tak mahu memahami. Tak berhati perut langsung..., tak guna, tak ada otak... Saya tak nampak bezanya manusia yang ada otak dengan haiwan. Sama jer...

Kini, saya tak ada mood nak meneruskan kayuhan di China. Saya mohon maaf kepada semua pengayuh di luar sana yang sedang membaca tulisan ini. Saya terpaksa menumpang kenderaan untuk ke destinasi seterusnya. Buat masa sekarang, saya menyorok di guesthouse untuk mendapatkan rehat yang mencukupi. Awal pagi esok, saya akan berkayuh dalam persekitaran yang liar semula.

Dan bagi saya, saya akan minta bantuan daripada pemandu lori atau trak untuk menumpang sehingga ke sempadan, kemudian barulah saya akan meneruskan kayuhan sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke tanah Kazakhstan. Pascal, dia akan menumpang ke Turpan atau Dunhuang atau Urumqi, yang mana satu lebih mudah baginya dan dia akan ke Kedutaan Belanda untuk mengadu masalah ini.

Rancangan saya adalah menumpang ke sempadan. Jika saya tak dapat berbuat demikian, saya akan menyelinap ke kawasan pergunungan, jauh dari ‘budak jahat’ berbaju biru itu. Salam and ciao! :)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.