saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 21/09/2014

Menerjah dingin Melbourne

IBARAT pucuk dicita ulam mendatang, promosi Air Asia X yang menawarkan penerbangan tambang murah ke Melbourne terus ditempah walaupun terpaksa menunggu jadual penerbangan lagi sembilan bulan.

Harga promosi yang ditawarkan hanyalah RM650 seorang pergi balik tidak termasuk makananan dan bagasi. Kos ini boleh ditempah kemudian yang penting tiketnya dahulu.

Sembilan bulan menanti akhirnya pada 27 Ogos 2014 kami sekeluarga yang terdiri daripada saya dan isteri serta tiga orang anak berlepas dari klia2 menuju ke Melbourne.

Penerbangan yang memakan masa selama lapan jam akhirnya tiba di Lapangan Terbang Tullamarine pada pukul 8.30 pagi. Mengikut komen daripada blog yang dibaca, peraturan Australia agak ketat dari segi tapisan kastam untuk kemasukan barang makanan dari luar.

Awal-awal lagi borang perisytiharan kastam sudah disediakan dan kami bernasib baik kerana sepanjang urusan kastam dan imigresen di sana tidak ada langsung masalah dan dibenarkan ke balai ketibaan tanpa pemeriksaan.

Keluar sahaja dari balai ketibaan kami terus mencari kaunter Skybus iaitu perkhidmatan bas yang akan membawa kami ke Stesen Southern Cross. Tiket Skybus telah pun dibeli sewaktu di Malaysia secara dalam talian. Harga yang dikenakan RM210 untuk tiket pergi dan balik untuk satu keluarga.

Dari Tullamarine Skybus penumpang di bawa ke Stesen Southern Cross yang terletak di bandar raya Melbourne. Dari Southern Cross terdapat perkhidmatan bas pertukaran yang disediakan secara percuma untuk ke hotel penginapan. Pelancong hanya perlu memaklumkan kepada kaunter tiket maklumat hotel tempat menginap dan mereka akan menentukan bas mana yang patut dinaiki.

Tiba

Setiba di Hotel Ibis Budget yang telah ditempah awal, dimaklumkan bahawa pendaftaran masuk pada pukul 1 petang tetapi penginap boleh menyimpan bagasi di hotel sementara menunggu waktu daftar masuk.

Memandangkan waktu sekitar 10 pagi dan masih lambat untuk daftar masuk. Kami sekeluarga membuat keputusan untuk meronda kawasan sekitar dan mencari restoran halal yang terdapat di sana.

Hotel Ibis Budget terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu berhampiran dengan stesen utama, Flinders Street dan perhentian tram yang berhadapan pintu masuk hotel.

Destinasi pertama ialah melawat stesen Flinders Street yang reka bentuk bangunannya sangat ikonik dan klasik. Sewaktu berjalan di sepanjang jalan ini kami perasan ada satu restoran halal iaitu Mama Wong Kitchens tapi malangnya waktu perniagaannya hanya bermula pukul 11.30pagi.

Sementara menanti restoran tersebut dibuka kami menaiki Tram percuma dikenali sebagai City Circle Tram. Tram ini akan membawa kita mengelilingi sekeliling kawasan Bandar Melbourne dan akan berhenti di setiap perhentian. Rupa tram ini buruk tetapi klasik.

Setelah selesai mencuba tram ini kami kembali semula ke Restoran Mama Wong Kitchens dan memesan nasi goreng daging. Harganya memang mahal kalau dibandingkan dengan harga makanan di Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:11
Asar 4:34
Maghrib 7:07
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.