saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 28/09/2014

Menawannya bumi Bali

Riang ria di Berdegul

BALI 14 Mac 2014, memang perancangan kami suami isteri sejak Januari 2014 lagi, konon-konon nak buat kejutan. Jam 12.45pm kami bertolak dari rumah dan meletakkan kereta di LCCT, Sepang.

Pesawat berlepas jam 4.20 petang dan kami tiba di lapangan terbangan Bali jam 7.15 malam. Ya Allah, cantik dan besar lapangan terbang antarabangsa Bali. Kami lewat 15 minit kerana tidak ada tempat mendarat. Sungguh ramai pelancong asing di Bali. Nasib baik ada Wifi di lapangan terbang boleh kemas kini gambar dan hantar mesej kepada keluarga di tanah air.

Lapangan terbang antarabangsa baru saja beroperasi Oktober tahun lepas tetapi hanya untuk penerbangan antarabangsa. Penerbangan domestik masih menggunakan lapangan terbang lama.

Dari lapangan terbang ke Hotel Tune Kuta kami menaiki teksi lapangan terbang dengan tambang 70,000Rp untuk sebuah teksi lima orang, walaupun sudah jelas di papan harga yang ditulis hanya 55,000Rp.

Berdekatan Lapangan Terbang Kuta di Jalan Kartika Plaza banyak hotel dan kedai yang menjual pelbagai barang, cuma kena pandai tawar-menawar. Menginap di area Kuta memang berbaloi sebab dekat dengan Legian.

Kami menempah Tune Hotel di Kuta kerana jarak dari hotel ke pantai Kuta hanya 10 minit dan ke Legian pun hanya 10 minit jadi sangat berbaloi.

Biasanya sebelum menempah bilik hotel, kami akan pastikan adakah bilik mempunyai hawa dingin, tuala kerana sesetengah hotel tidak sediakan kemudahan dan ada caj sampingan.

Jambangan

Kebanyakan kompleks beli-belah ditutup jam 2 pagi dan tempat wajib kami ialah Hard Rock Cafe. Seronok juga kerana ada mesin jual selipar Flipper tapi jangan risau pasal saiz kerana alat ukur kaki disediakan.

Di Bali, jangan terperanjat melihat setiap kedai akan meletakkan jambangan bunga, sebab mereka percaya ini bagi halau roh jahat pada perniagaan mereka dan diberi murah rezeki.

Jika sesiapa bercadang ke Bali harus periksa dulu tarikh Hari Nyepi. Tahun ini Hari Nyepi jatuh pada 31 Mac di mana seluruh Bali akan sunyi dan mereka hanya duduk dalam rumah tanpa keluar dan pasang lampu. Penerbangan ke Bali pada tarikh tersebut tiada. Perniagaan semua tutup. Katanya hari hantu merayau.

Pukul 12.45 pagi kami kembali ke hotel setelah bersiar-siar berjalan kaki sekitar Kuta hingga Seminyak. Selepas mandi dan solat kami terus tidur. Di Bali memang ramai pelancong kulit putih sehingga kami ragu-ragu sama ada kami berada di Indonesia atau Eropah.

Seawal 6.30 pagi kami sudah bangun untuk bersiap sedia ke tempat seterusnya. Biasalah teruja lebih menyebabkan bersemangat bangun pagi. Pukul 8.45 pagi kami keluar hotel mencari makanan.

Selepas sarapan, kami jalan-jalan sekitar Pantai Kuta. Terlalu awal dan banyak lagi kedai yang belum dibuka sepenuhnya. Peniaga-peniaga yang ada di tepi-tepi jalan Kuta selalu panggil "orang Malaysia marilah singgah kedai saya, harga sama macam Chow Kit aje."

Jam 10 pagi pemandu yang kami tempah namanya Ady datang jemput kami. Destinasi pertama ke Berdugul mengambil masa dua jam. Berdugul ialah tasik yang berada di atas bukit dan sangat sejuk. Salah satu tempat penggambaran drama Projek Memikat Suami yang baru ditayangkan baru-baru ini.

Kebudayaan

Bali pulau yang mempunyai majoriti penduduk beragama Hindu. Jadi jangan terkejut kalau terserempak dengan pelbagai jenis patung besar, kecil, gemuk dan kurus.

Pukul 12 tengahari, kami sampai di Berdugul, caj masuk sepatutnya 120,000Rp tapi diberi diskaun 100,000Rp untuk kami empat orang. Mula keluar sebelah kaki dari kereta terus masuk balik sebab tidak sangka sejuk dan nyaman tempat ini. Kuasa Allah siapa sangka atas puncak bukit ada sebuah tasik.

Di sini saya jadi tumpuan sebab menggunakan monopod. Hampir semua di sana menegur saya dan bertanya di mana saya beli. Kalau buka gerai jual monopod mesti laku.

Pukul 1 tengahari kami turun balik untuk ke Tanah Lot. Dalam perjalanan kami berhenti makan di Restoran Ayam Bertutu. Saya ambil nasi campur Bali yang memang sedap. Bertutu maknanya kukus. Kos makan 70,000Rp.

Tanah Lot agak panas jadi saya perlu sapu losen untuk kekalkan kelembapan. Sementara menunggu matahari terbenam kami pergi membeli-belah apa yang patut. Cuci mata dan terus beli. Malamnya kami makan di restoran ayam tulang lunak iaitu masakan ayam kampung. Sedap dan tulangnya boleh makan sekali dengan isi.

Selepas mandi dan solat, kami keluar semula untuk menonton live band di Hard Rock Cafe. Pukul 2.30 pagi kami balik ke bilik dan kemas beg sebelum tidur kerana bercadang melihat matahari terbit di pantai Kuta.

Malangnya pukul 8 pagi baru kami terjaga semula kerana 'tidur sebentar selepas subuh' jadi kami tidak dapat melihat matahari terbit namun kami tetap ke pantai Kuta.

Kerana nak cepat kami mengambil teksi ke pantai Kuta walaupun jalan kaki hanya mengambil masa tujuh minit. Niat di hati untuk merakam gambar tetapi akhirnya terjebak mandi laut. Alangkah seronoknya mandi di sini. Dalam sejam di Pantai Kuta, kami terpaksa kembali ke hotel dan menelefon pemandu agar datang menjemput kami pada 10 pagi.

Pukul 10.30 pagi kami terus mendaftar keluar hotel dan terus ke Pantai Padang-padang yang berkongsi satu jalan ke Uluwatu. Kami sempat juga melihat tempat penggambaran filem Eat, Pray, Love lakonan Julia Roberts.

Pada 11.30 pagi kami terus ke Uluwatu untuk menikmati pemandangan di sana. Caj masuk 50,000Rp. Masuk ke sini wajib pakai tali kuning di pinggang. Memang adat mereka tapi di kaunter bayaran masuk mereka tarik kita untuk dipakaikan tali berkenaan dan akan beri pisang tapi jangan ambil banyak kerana beli sebungkus sudah cukup. Mereka yang pakai skirt atau seluar pendek akan diberikan kain warna ungu mungkin untuk tutup aurat.

Apa yang menarik terdapat kolam khas untuk monyet berenang. Kali pertama saya jumpa dan di sini monyet diibaratkan Tuhan mereka bagi yang menganut agama Hindu.

Selepas sejam setengah di Uluwatu kami terus ke Pantai Padang-padang. Masya-Allah cantik betul pantai ini. Hendak ke Pantai Padang-padang kena melalui lorong celahan batu.

Pada 1.15 tengahari kami pulang ke Kuta dan berhenti di tepi jalan untuk makan masakan Padang. Pukul 3.15 petang kami singgah di factory outlet untuk membeli kasut sukan dengan harga 200,000Rp bersamaan RM 60.

Pada 4.30 petang kami terus lepak di Kuta untuk spa. Kami ambil pakej spa yang sama dan keletihan selama tiga hari terus hilang. Kemudian kami bersiar-siar dan bergambar buat kali terakhir di sekitar Kuta.

Insya-Allah kami akan datang lagi dan sememang Bali pilihan terbaik untuk bercuti kerana banyak tempat menarik selain tidak banyak keluar duit untuk membeli-belah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.