saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 04/10/2014

Suria Cherating gamit ketenangan

MENARIK...SURIA Cherating Beach Resort yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Kuantan memberi keselesaan kepada pengunjung. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

SURIA Cherating Beach Resort (Suria Cherating) yang terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar Kuantan pastinya menjamin percutian yang menyeronokkan di samping menyediakan penginapan selesa bercirikan tradisional kontemporari.

Perasaan tenang dapat dirasai sebaik sahaja menjejakkan kaki ke resort berkenaan. Sepanjang menginap di bilik yang mengadap Laut China Selatan itu, setiap pengunjung pasti dapat menghirup udara segar sambil ditemani deruan ombak yang memecah pantai.

Ditambah pula dengan kicauan unggas di celah-celah pohon kelapa bersama hembusan bayu yang menyamankan, pastinya percutian di Suria Cherating meninggalkan nostalgia terindah.

Sememangnya suasana seperti itu menjadi tarikan yang sewajarnya menjadi pilihan bagi mereka yang ingin keluar daripada keriuhan dan hiruk-piruk bandar untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Di samping itu, pengunjung bukan sahaja berpeluang menikmati kemudahan seperti kebiasaan yang disediakan hotel atau resort yang lain tetapi di Suria Cherating pengunjung berpeluang menyertai aktiviti melepaskan anak-anak penyu ke laut.

Peluang melihat telur-telur penyu yang ditanam semula untuk proses penetasan dan kemudiannya menetas pasti menjadi momen terindah untuk dikenang.

Menariknya, pengunjung berpeluang melepaskan sendiri puluhan anak penyu ke laut dengan diberikan penerangan yang cukup bermanfaat daripada seorang pemandu pelancong yang bertanggungjawab ke atas penyu tersebut, Ariffin Hassan.

ARIFFIN Hassan mengeluarkan anak penyu daripada sarangnya.

Menurut Pengurus Operasi Suria Cherating, Zulkadri Hafizal, pusat penetasan dan pelepasan anak-anak penyu itu terletak bersebelahan Suria Cherating dan pengunjung berpeluang melihat, menyentuh dan membelai haiwan itu dengan lebih dekat.

"Selain itu, Suria Cherating turut mengekalkan keindahan semula jadi dan ciri tradisional seperti penggunaan perabot dan katil berasaskan kayu jati serta lukisan-lukisan yang memaparkan ciri masyarakat Pantai Timur.

"Resort ini yang beroperasi sejak 2003 turut menyediakan segala kemudahan untuk berehat, beriadah, berhibur dan bersantai," katanya kepada S2 baru-baru ini.

Tambahnya, pengunjung bukan sekadar menikmati keseronokan di resort, malah mereka boleh melakukan sukan pantai, mengadakan aktiviti laut, memancing dan melihat kelip-kelip di sungai berhampiran.

Kemudahan penginapan di resort itu pula meliputi 114 bilik daripada jenis superior garden view, deluxe sea front, terrace garden view, terrace sea front dan suria suite dengan harga promosi pada tahun ini bermula RM140.

"Setiap bilik mempunyai kemudahan seperti televisyen, internet tanpa wayar (WiFi) , penyaman udara, pemanas air, peti sejuk mini serta ruang tamu bagi bilik superior dan suite.

"Resort ini turut menyediakan dua buah kolam yang dikhaskan masing-masing untuk kanak-kanak dan dewasa yang boleh digunakan bermula pukul 7 pagi hingga 7 petang dengan menempatkan beberapa krew keselamatan," jelasnya.

Tidak lengkap sekiranya anda tidak menikmati hidangan eksklusif yang ditawarkan dan merupakan menu wajib yang patut dicuba iaitu nasi goreng tok gajah.

Gabungan makanan laut dan masakan Melayu yang cuba diketengahkan pastinya tidak menghampakan.

Beralamat di kilometer 32.5 Jalan Kuantan - Kemaman, 26080 Cherating, Suria Cherating boleh dihubungi di talian 09-5819898/9320 atau melayari laman sesawang www.suriaresorts.com untuk membuat tempahan bilik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:11
Asar 4:33
Maghrib 7:07
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.