saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 18/10/2014

The Jana gamit memori desa

SUASANA desa cuba ditampilkan The Jana di Taiping Golf & Country Club.

SELEPAS berada beberapa ketika di rumah kayu dikenali The Jana di pusat pelancongan Taiping Golf and Country Club (TGCC), ia mengembalikan ingatan penulis kepada satu perkara iaitu balik kampung.

Bermula dari jalan masuk yang dipenuhi batu kelikir halus, anak-anak tangga yang perlu dilalui dan bunyi herotan lantai kayu apabila dipijak, ia adalah permulaan yang sempurna untuk kembali menikmati suasana desa.

Itu belum lagi pemandangan hijau di sepanjang Bukit Jana yang menjadi latar kepada 'perkampungan' The Jana, pilihan penginapan terbaharu TGCC untuk pengembara dari dalam dan luar negara.

Percayalah, jika banyak kereta diletakkan di kawasan lapang depan rumah itu, ia tidak ubah seperti suasana balik berhari raya di kampung.

The Jana hasil ilham Pengerusi MK Land Holdings Berhad, Tan Sri Dr. Mustapha Kamal Abu Bakar dirasmikan baru-baru ini oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Datuk Abd. Rahim Md. Arif.

Fasa pertama membabitkan pembinaan lima buah rumah kampung, masing-masing dua dengan satu bilik berkeluasan 38.7 meter persegi dan tiga buah rumah dilengkapi dua bilik berkeluasan 52.5 meter persegi, siap Jun lalu dan dibuka kepada pengunjung September lalu.

Setiap unit dilengkapi pendingin hawa di setiap bilik tidur, pemanas air mandi dan pelbagai kelengkapan rumah kampung untuk keselesaan pengunjung.

Namun berdasarkan embun tebal yang boleh dilihat di kaki Bukit Jana dan dengan status Taiping sebagai antara kawasan paling lembab di Malaysia kerana menerima taburan hujan yang tinggi, mungkin pendingin hawa itu akan menjadi perhiasan pada malam hari.

Berdasarkan perancangan, MK Land Holdings Berhad menerusi anak syarikatnya Dominant Star Sdn. Bhd., merancang membina sehingga 36 unit rumah kampung The Jana secara berperingkat.

Apa yang pasti, tarikan terbaharu itu menambah variasi TGCC yang sudah dilengkapi padang golf 18 lubang, kemudahan penginapan lain seperti pangsapuri khidmat dan kondotel yang selama ini menjadi pilihan pelancong meneroka khazanah Taiping, antara bandar tertua di negara ini dan pernah menjadi pusat pentadbiran negeri Perak sebelum bandar raya Ipoh.

Konsep desa yang ingin diterapkan The Jana tidak sekadar pada rumah semata-mata. Perabot dan hiasan rumah turut diambil kira. Selain itu, sebuah kolam ikan yang sumber airnya datang dari Bukit Jana dibina dan kebun sayur yang mampu memberi ilmu baharu serta terapi minda pengunjung juga diwujudkan.

The Jana juga memanfaatkan keindahan alam sekitar di sekelilingnya bagi memberi pengalaman desa secara total kepada tetamu. Selain dipenuhi pokok durian, ia juga sesuai diadakan aktiviti merentas hutan dan bina semangat.

Bagi mengisi masa lapang, permainan tradisional turut disediakan oleh pengurusan resort TGCC seperti sepak raga, gasing, congkak, guli, batu seremban dan dam haji.

Justeru mengambil semua kelebihan itu, sebanyak empat pakej telah dirangka untuk pilihan pengunjung merangkumi pakej penginapan dan barbeku, perkahwinan, meneroka laluan buah-buahan dan bina semangat.

Jika malas untuk berinteraksi dengan alam semula jadi, pengunjung juga mempunyai banyak pilihan tempat menarik untuk dikunjungi sekitar daerah Taiping.

Apa yang pasti, kunjungan ke The Jana bakal menggamit memori silam seisi keluarga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.