saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 23/06/2014

Mitsubishi ASX beri pengalaman hebat

Diberi peluang memandu uji sebuah kenderaan utiliti sports (SUV) sesungguhnya memberi pengalaman pemanduan begitu berbeza kepada penulis yang selama ini hanya pernah memandu kereta kompak sahaja. Berbekalkan pengalaman memandu kurang daripada lima tahun, pandu uji pertama seumpamanya ini memang sukar untuk dilupakan.

Kali pertama memandu kereta keluaran Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), model ASX yang dijana oleh enjin kapasiti 2.0 liter dengan teknologi MIVEC dilengkapi dengan transmisi lancar dan cekap INVECS-III Transmisi Berubah-ubah Berterusan (CVT). Bersama ciri Adaptive Shift Control (ASC), perlu penulis akui kualiti pemanduan yang dirasai sememangnya menyakinkan berikutan ia dibina menggunakan platform sedan Mitsubishi Lancer.

Jika sebelum ini MMM hanya memasarkan Mitsubishi ASX pacuan dua roda (2WD) iaitu model diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun kini selepas empat tahun, kini kedua-dua varian baharu ASX 2WD dan ASX pacuan empat roda (4WD) boleh didapati dalam versi pemasangan tempatan (CKD).

Dipasangkan di kilang Tan Chong Motor Assemblies Sdn. Bhd. di Segambut, Kuala Lumpur, ASX 2WD dan ASX 4WD ditawarkan pada harga mampu milik terutamanya bagi orang muda yang baharu bekerja dan meminati SUV. Dengan pelbagai fungsi menarik, varian itu dijual pada harga sebanyak RM132,515.30 sebuah bagi 4WD dan RM118,015.30 bagi 2WD, dengan insurans.

Jentera seberat 1,970 kilogram itu membolehkan penulis memandu dengan selesa di setiap selekoh. Daya tujahan yang ditawarkan tidak menghampakan terutamanya ketika menggunakan paddle shift iaitu penukar gear terletak di belakang stereng untuk menurunkan gear. Ia dalam masa yang sama membantu penulis menyesuaikan diri dengan gaya pemanduan yang agresif.

Dilihat dari jauh, bagi penulis, reka bentuk lampunya adalah antara elemen yang menarik perhatian. Ia sekali gus menampakkan model ASX mengekalkan identiti keaslian kenderaan keluaran Mitsubishi yang nampak garang seterusnya kelihatan berbeza dengan model SUV yang lain.

Menyentuh mengenai ruang dalaman pula, susunan model ini yang teratur menyerlahkan gaya sebuah kenderaan SUV. Padanan warna hitam dalam kabinnya membabitkan papan pemuka dan tempat duduk dibaluti material kulit meningkatkan lagi gaya eksklusif di samping memudahkan untuk menghilangkan kotoran melekat.

Menariknya, ia mengetengahkan elemen minimalis di dalam kabin ASX. Penulis merasakan begitu selesa dengan reka bentuk papan pemuka yang futuristik dan kemas kerana tidak serabut dengan pelbagai butang. Ia juga mudah dicapai ketika memandu justeru memberi pemanduan selesa dan selamat.

Konsul tengah yang ringkas berserta tempat letak bekas minuman turut memudahkan penulis mencapainya. Skrin sesentuh dilengkapi kamera undur turut memudahkan penulis memasuki tempat letak kereta dengan pantas.

Sudah tentu jentera moden yang hanya perlu menekan butang bagi menghidupkan enjinnya tanpa memasuki kunci ini sekali gus menjimatkan masa pemandu. Sistem audio yang dilengkapi tempat cucuk USB, ipod dan fungsi AUX menambahkan lagi keseronokan memandu. Penulis juga tidak risau sekiranya terpaksa memandu seorang diri kerana audio model itu yang rancak membuatkan penulis terasa seperti berada di konsert 'k-pop'.

Tidak ketinggalan bagi anda yang teringin menikmati udara malam sambil menikmati keindahan panorama waktu malam dan menyaksikan kerlipan bintang di langit, anda boleh membuka bumbung panoramik yang luas. Meskipun ramai yang mengatakan bumbung berkenaan tidak sesuai dibuka pada waktu siang terutamanya di Malaysia, tetapi bagi penulis yang telah mencuba menggunakannya pada waktu itu, ia tidak terlalu panas seperti yang digambarkan.

Kelajuan yang direkodkan oleh penulis ialah 140 kmj bagi di zon pecutan lebuh raya tetapi tidak di atas jalan yang berliku kerana kurang keyakinan diri untuk memecut di kawasan seperti itu. Bagi mereka yang ketinggian sederhana seperti penulis, anda tidak perlu risau kerana ruang lega kaki dan kepala adalah lebih daripada mencukupi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.