saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 21/07/2014

Hyundai i40 Tourer mencapai jangkaan

Hyundai i40 Tourer

PERTAMA kali memandang Hyundai i40 Tourer, pasti anda sudah dapat mengesan elemen aerodinamik dan sporty padanya. Ini sekali gus mengenepikan ciri tradisional yang wujud pada kereta wagon atau estate iaitu `kereta bawa barang' atau `untuk ibu mengangkut anak' semata-mata.

Elemen sporty ini menyerlah pada garis badan yang melengkung dan lampu hadapannya direka ibarat mata burung helang atau haiwan liar.

Hyundai i40 dilancarkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS'13) pada November tahun lalu dalam dua versi iaitu sedan dan tourer. Untuk sedan terdapat dua varian iaitu Sedan (RM159,903.30) dan Sedan Plus (RM163,903.30). i40 Tourer hanya ada satu varian iaitu Tourer Plus yang berharga RM178,903.30 sebuah.

Apa yang menyemarakkan rasa keseronokan ialah di sebalik rupanya yang sporty ini, mutu pengendalian dan prestasi enjin i40 Tourer adalah mencapai jangkaan dan memuaskan. Lokasi pertama dituju ialah selekoh.

Dengan dimensi badan 1,915mm panjang, 1,470mm tinggi dan 4,770 lebar, kereta bersaiz sebegini sangat seronok dipandu di selekoh dalam kelajuan tinggi. Ternyata tidak menghampakan. Tiada rasa berat atau kuasa enjin menjadi mengah dan tiada rasa terbabas. Lagi sekali kita ke selekoh!

Dipadankan dengan enjin nu 2.0 GDI yang berkemampuan menghasilkan kuasa maksimum sehingga 177 PS pada 6,500 rpm dan kuasa kilas 213 Nm pada 4,700 rpm. Ia adalah enjin baharu yang pertama kali diperkenalkan dalam keluarga Hyundai untuk pasaran Malaysia buat setakat ini.

Enjin ini mampu memberikan kuasa yang lebih optimum bagi sebuah kenderaan yang agak besar seperti i40 Tourer, di mana ia berkemampuan membekalkan kuasa sebaik mungkin dan pada masa sama, menggunakan bahan api secara efisien.

Hyundai i40 digandingkan dengan kotak gear automatik enam kelajuan. Jika ingin menambahkan keseronokan di dalam pemanduan, anda juga boleh memilih pedal penukar gear di belakang stereng untuk 'bermain' gear mengikut kelajuan dan corak pengendalian. i40 juga menampilan mod Sport.

Kereta ini menggunakan sistem gantungan McPherson Strut pada bahagian hadapan dan Multi-link type untuk belakang yang dikira cukup sepadan dengan kerangka i40 tourer ini. Lantunan dan olengan kerangkanya ketika jentera dipacu laju agak minimum membuatkan pemanduan rasa selesa. Ingat selekoh!

Hyundai i40 telah diuji dalam ujian keselamatan Euro NCAP dan mendapat pengiktirafan lima bintang. Antara ciri-ciri keselamatannya ialah Sistem Bantuan Brek, Pengurusan Kestabilan Kenderaan, Program Kestabilan Elektro­nik, sembilan beg udara, Sistem Bantuan Parkir, Kawalan Bantuan Mendaki Bukit, dan juga penyambung ISOFIX.

Ini adalah antara model bertenaga Hyundai yang akan merubah sama sekali persepsi rakyat Malaysia terhadap kereta buatan Korea Selatan. Hyundai mampu tampil dengan reka bentuk yang menepati cita rasa umum dan berupaya mengadakan teknologi enjin yang dimahukan. Hyundai tidak akan lagi menjadi kereta pilihan kedua bagi pengguna di Malaysia semasa membeli kereta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.