saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 18/08/2014

Honda Accord idaman ramai

APAKAH kereta yang memaparkan ciri eksekutif tetapi pada masa yang sama, tetap memberi kepuasan daripada segi prestasi? Honda Accord adalah satu daripadanya terdapat di pasaran Malaysia hari ini, yang menepati kriteria tersebut.

Begitu telitinya jurutera Honda dalam melahirkan Accord kesembilan ini, telah melonjakkan model ini sebagai yang terbaik dalam kelasnya. Ini kerana pengekalan DNA Honda, iaitu gaya yang tidak ditelan zaman, keselesaan dan kesenyapan terbaik dalam kelasnya, peningkatan tahap penjimatan bahan api, elemen seronok untuk dipandu, kualiti pandangan yang baik bersama ciri-ciri keselamatan termaju serta bernilai untuk wang.

Dengan penambahan teknologi termaju, sofistikasi, kemewahan dan kualiti; Accord dikonsepkan agar menjadi 'pakej paling efisien pada sebuah Sedan Premium Pintar'.

Accord ditawarkan dalam tiga varian iaitu 2.0VTi, 2.0VTi-L dan 2.4VTi-L. Varian tertinggi kini dikuasakan oleh enjin 'Teknologi Impian Bumi' atau Earth Dreams Technology yang revolusionari. Ia merupakan satu set inovasi teknologi generasi akan datang yang dicipta oleh Honda untuk menawarkan kualiti pemanduan berprestasi tinggi dan penjimatan bahan api.

Ketiga-tiga varian ini dilengkapi ECON Mode. Apabila diaktifkan, ECON Mode akan menggabung dan mengoperasikan satu siri fungsi ECO Assist. Kombinasi pintar ini mampu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api kenderaan dengan hanya menekan satu butang sahaja.

Accord yang direka penuh gaya ini adalah lebih kecil dan ringan berbanding model terdahulu. Berpaksikan kepada konsep asas "Sedan Dinamik Pintar", Accord menampilkan rekaan luaran yang telah dipertingkatkan melalui badan berbentuk V yang sangat aerodinamik.

Honda berjaya meningkatkan ruang dalaman untuk menjadikannya lebih luas dan selesa buat para penumpangnya. Ruang kaki penumpang belakang telah ditingkatkan sebanyak 35.5mm, manakala bahagian butnya pula 23 liter lebih besar. Secara keseluruhannya, ruang dalamannya mengutamakan kemewahan dan berkualiti tinggi bersama rekaan yang bersih untuk meningkatkan lagi keselesaan.

Perkakasan penyerapan bunyi bising yang efisien, Kawalan Bunyi Bising Aktif (Active Noise Control, ANC) dan Kawalan Suara Aktif (Active Sound Control) berfungsi untuk menawarkan kesenyapan di dalam kabin yang mengatasi kelasnya. Aspek Kebisingan, Getaran dan Kekasaran (Noise, Vibration, Harshness atau NVH) ditingkatkan secara signifikan melalui pakej pemasangan pad penyerapan yang kukuh. Ini membolehkan pemandu dan penumpang menikmati pemanduan menyeronokkan di dalam kabin Accord yang luas dan selesa.

Satu contoh teknologi barunya ialah LaneWatch Camera yang ada pada varian 2.4VTi-L dan menjadi model pertama Honda Malaysia yang menerima ciri keselamatan tersebut. Visual titik buta akan dipaparkan pada Paparan Multi Maklumat pintar (i-MID) VGA LED sepenuhnya bersaiz lapan inci. Accord serba baharu (2.0VTi-L and 2.4VTi-L) juga menampilkan Kamera Pandang Belakang Pelbagai Sudut (Multi-Angle Rearview Camera) yang mampu mempamerkan ruang sehingga 180 darjah untuk pandangan lebih jelas ketika mengundur kenderaan.

Ciri isyarat berhenti kecemasan (Emergency Stop Signal) dan One Touch Lane Change meningkatkan lagi aspek keselamatan inovatif kenderaan yang dinamik ini. Dipasang pada varian 2.4VTi-L, sistem Active Cornering Lights (ACL) menawarkan pencahayaan tambahan secara automatik apabila pemandu mengaktifkan indikator atau memusingkan stereng melebihi 90 darjah. Ini adalah ciri baharu buat Honda. Lampu utama LED pada varian 2.4VTi-L juga merupakan yang pertama ditawarkan pada model keluaran Honda Malaysia.

Meletakkan aspek keselamatan ke tahap lebih tinggi, Accord serba baharu hadir bersama ciri Motion Adaptive EPS (MA-EPS) yang digabungkan dengan sistem VSA untuk membantu pemandu mendapatkan kestabilan ketika berada dalam situasi understeer dan oversteer.

Accord 2.4VTi-L berharga RM168,921.60 didatangkan dalam lima warna - satu warna baharu yang menarik iaitu Modern Steel Metallic, Champagne Frost Pearl, Crystal Black Pearl (hitam), Taffeta White (putih) dan Alabaster Silver Metallic (perak).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.