saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 08/09/2014

Perodua Axia dilancar 15 Sept. ini

Perodua Axia yang gambarnya disiarkan dalam laman web paultan.org

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd., (Perodua) akan memperkenalkan model terbaharunya, Axia, secara rasmi pada 15 September ini yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tarikh tersebut merupakan tempoh genap sebulan selepas model itu dibuka untuk tempahan. Sehingga 26 Ogos lalu, Perodua menerima lebih 6,000 tempahan untuk model tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh sebelum ini berkata, syarikat menjangka untuk menjual kira-kira 30,000 buah Axia dalam tempoh baki empat bulan tahun ini.

Model Axia itu didatangkan dalam empat varian iaitu Standard E, Standard G, Edisi Khas dan Advance. Harga atas jalan untuk model itu bermula serendah RM24,900 hingga RM45,300 sebuah bagi pasaran Semenanjung Malaysia.

Axia dibuka untuk tempahan dengan bayaran sebanyak RM250 dan RM300 bergantung kepada varian di 180 bilik pameran jualan di seluruh negara.

Perodua mendedahkan kos pembangunan untuk model kenderaan kesepuluh Perodua itu adalah sebanyak RM300 juta. Model itu didatangkan dengan jaminan pengeluaran selama lima tahun, iaitu konsep pertama ditawarkan Perodua.

Perodua Axia dengan keupayaan enjin 1.0 liter merupakan kenderaan cekap tenaga dengan penjimatan bahan api sehingga 21.6 kilometer (km) bagi setiap liter dan ditawarkan dengan pelbagai fungsi unik.

Pelancaran rasmi Axia akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.