saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 22/09/2014

MTBM buka pusat servis di Johor

HARTMUT Mueller (belakang, kanan) bersama Ketua Selepas Jualan MTBM, Dirk Szusgien (belakang, tengah) bergambar bersama guru dan anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Shan De yang menjadi antara tetamu jemputan sempena majlis pembukaan pusat servis kenderaan terbaharunya di Johor Bahru, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Man Truck & Bus Malaysia (MTBM) baru-baru ini telah membuka cawangan pusat servis kenderaan terbaharunya di Johor sebagai usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya di kawasan selatan Semenanjung.

Sempena majlis itu, MTBM turut mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri pegawai-pegawai daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), rakan perniagaan, kakitangan dan juga jemputan khas iaitu penghuni rumah anak-anak yatim Pusat Kebajikan Shan De.

Pengarah Urusannya, Hartmut Mueller berkata, MTBM telah memilih Johor untuk pembukaan cawangannya kerana negeri itu sedang mengalami pertumbuhan pesat dan keperluan untuk kenderaan-kenderaan berat juga diyakini akan bertambah sejajar dengan peningkatan taraf ekonomi.

Beliau berkata, projek-projek seperti Iskandar Malaysia, Legoland, Pinewood Studios, projek minyak dan gas dan industri petrokimia di Pengarang dan Tanjung Bin akan meningkatkan keperluan sistem pengangkutan dan logistik terbaik.

Katanya, sehubungan itu, Johor merupakan kawasan strategik untuk MTBM kerana syarikat itu percaya mereka akan mampu memberikan khidmat penyelenggaraan dan servis selepas jualan terbaik kepada para pelanggan yang berada di kawasan tersebut.

"Ini seterusnya akan membantu untuk memastikan setiap kenderaan akan menerima prestasi yang optimum dengan tahap kecekapan penggunaan bahan api yang lebih baik, di samping menjadikan mereka selamat dan layak untuk dipandu di jalan raya," katanya pada majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini.

Pusat servis kenderaan terbaharu MTBM di Johor itu terletak di 12A, Jalan Kencana Mas 2, Kawasan Perindustrian Tebrau 3, Mukim Tebrau, Johor Bahru.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.