saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 23/09/2014

Pertandingan Proton 2014 terima 337 penyertaan

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Proton Holdings Bhd. (Proton) menerima sebanyak 337 penyertaan bagi dua kategori termasuk peserta muda dan dewasa untuk pertandingan reka bentuk Proton 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, pertandingan yang dianjurkan buat kali pertama itu menerima permohonan amat memberangsangkan dalam kalangan peserta muda sebanyak 158 permohonan berbanding dewasa sebanyak 179 penyertaan.

Katanya, ketika ini Proton dalam proses menyenarai pendek permohonan dalam talian dan secara pos pereka muda berumur di antara 13 sehingga 25 tahun bagi pertandingan reka bentuk itu.

"Beberapa penyertaan agak luar biasa datang daripada kumpulan umur muda dan tidak berpengalaman seterusnya memenuhi objektif kami untuk menggali bakat muda yang berpotensi supaya boleh diberi pendedahan betul kepada mereka.

"Pertandingan ini dalam masa sama memberi peluang kepada golongan belia untuk melihat pilihan kerjaya yang ada bagi mengambil bahagian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tempoh pertandingan reka bentuk Proton 2014 adalah selama lapan minggu dan tarikh penghantaran penyertaan telah ditutup pada 18 Ogos lalu. Sesi pemilihan pemenang diketuai oleh Ketua Pereka Proton, Azlan Othman.

Pemenang pertandingan akan diumumkan pada November ini dan mereka berpeluang memenangi wang tunai, komputer riba Macbook serta menjalani latihan industri di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Reka Bentuk Kreatif Proton.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.