saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 06/10/2014

Infiniti Q50 simbol kejituan

Jenama automotif mewah, Infiniti melancarkan sedan sports Q50 yang baru di INFINITI Center Kuala Lumpur baharu yang terletak di bangunan The Icon, Jalan Tun Razak pada 27 Ogos lalu.

Kenderaan Infiniti sering dikenali kerana perkadaran dan penampilannya yang luar biasa, Infiniti Q50 baharu menambah satu dimensi baharu yang menyerlahkan pengaruh bahasa rekaan Infiniti yang menarik.

Rekaan luaran Infiniti merangkumi gril berbentuk 'gerbang berkembar' penuh kuasa, gelombang garis sisi yang dinamik serta tiang C dengan potongan berbentuk bulan sabit. Bahagian hadapan sememangnya agresif dengan fascia sporty yang dipasang pada model sports Q50 ini.

Q50 dikuasakan oleh enjin turbo empat silinder pancitan terus bersesaran 2.0 liter yang responsif dan berkecekapan tinggi. Enjin ini mampu menawarkan kuasa sehingga 211hp dan kuasa kilas 350Nm bagi membolehkannya memecut dari 0 - 100km/j dalam tempoh 7.2 saat. Ia hanya menggunakan 1 liter petrol bagi setiap 13.6 km1.

Enjin 3.5 liter V6 dengan teknologi Direct Response Hybrid Infiniti pula menjana model Q50S Hybrid. Gabungan enjin petrol 3.5 liter V6 dan kecekapan motor elektrik kompak bersama bateri lithium-ion berkuasa 67hp berupaya menghasilkan kuasa mencecah 364hp dan kilasan mengagumkan sehingga 546Nm. Kombinasi sistem tersebut menawarkan tindak balas yang mengujakan apabila kelajuan 0-100km/j mampu dicatat dalam tempoh 5.1 saat sahaja. Kadar penjimatan bahan apinya juga begitu mengagumkan iaitu 16.1km/L1.

JUARA DUNIA F1

Pengarah Prestasi Infiniti, Sebastian Vettel - Juara Dunia F1 sebanyak empat kali turut membantu dalam pembangunan Infiniti Q50 baharu. Beliau menawarkan keupayaan pemanduan dan keghairahannya terhadap prestasi demi memastikan sports sedan baharu ini memiliki aspek dinamik yang terbaik.

Teknologi termaju pada Q50 dapat dilihat pada penggunaan sistem steer-by-wire pertama di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan dilaksanakan selama lebih 10 tahun - Direct Adaptive Steering (DAS). DAS menawarkan pemanduan selesa, selamat dan ketepatan stereng yang belum pernah wujud sebelum ini. Satu lagi ciri yang pertama seumpamanya di dunia ialah Active Lane Control (ALC). ALC menggunakan teknologi berasaskan kepada kamera untuk meningkatkan kemampuan keselamatan dan memastikan Q50 sentiasa berada di laluan yang betul.

Reka bentuk dan prestasi Infiniti Q50 yang penuh inspirasi itu dipadankan dengan ruang dalaman yang dicipta berasaskan kepada standard-standard luar biasa. Ruang kabin ini menawarkan gabungan tekstur tiga dimensi yang penuh kuasa, pertukangan terbaik dan kualiti premium. Ia juga menggabungkan aspek kemewahan moden dan teknologi termaju yang fokus kepada pengguna.

Sistem kawalan Infiniti InTouch yang terdiri daripada skrin sentuh berkembar yang intuitif mengawal audio, suhu, komunikasi dan tetapan kenderaan. Sistem audio premium Studio on Wheels® baharu daripada Bose® mempunyai 14 unit pembesar suara, sementara ciri-ciri tambahan seperti Infiniti Drive Mode Selector yang membolehkan pemetaan enjin dan transmisi diubah suai, maklum balas stereng dan Around View Monitor (teknologi 4 kamera) memastikan Infiniti Q50 dapat memenuhi atau melangkaui keperluan pelanggan kenderaan premium di Malaysia yang bijak menilai.

Rangkaian model Infiniti Q50 terdiri daripada tiga gred: Q50 2.0T GT, Q50 2.0T GT Premium dan Q50S 3.5 Hibrid.

Penambahan pada Q50S 3.5 Hybrid:

* Rim aloi aluminium bersaiz 19 inci, lima jejari dengan tayar run-flat (mampu digunakan walaupun ketika pancit) yang berprestasi tinggi

* Sistem brek dan suspensi talaan sport

* Paddle shifter magnesium solid pada stereng

* Bampar hadapan sport

* Tempat duduk sport berkuasa

* Pedal-pedal dan perehat kaki disadur aluminum

* Bumbung kaca dengan gelongsor kuasa

Penampilan luaran Q50 dilengkapkan dengan pilihan tujuh warna iaitu putih (Moonlight White), perak (Liquid Platinum), biru (Hagane Blue), kelabu (Graphite Shadow), coklat tembaga (Chestnut Bronze), merah (Venetian Ruby) dan hitam (Malbec Black). Ia turut hadir bersama cat tahan calar Scratch Shield dan boleh menyembuh.

Harga jualan di atas jalan tidak termasuk insurans untuk kereta yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini ialah

* Q50 2.0T GT: RM248,800

* Q50 2.0T GT Premium: RM278,800

* Q50S 3.5 Hybrid: RM398,800

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.