saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 08/10/2014

Infiniti Q50 berprestasi tinggi

DARI kiri Dane Fisher bersama Pengarah Auto Dunia Sdn. Bhd., Azman Badrillah; Pengarah Inspired Motor Sdn. Bhd., Datuk Saharudin Toha dan Pengurus, Michael Cope pada majlis pelancaran Infiniti Q50 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Infiniti yakin model terbaharu sedan sports Q50 bakal mengukuhkan kehadiran jenama automotif mewah itu di negara ini, dengan penawaran tiga varian iaitu Q50 2.0T GT, Q50 2.0T GT Premium dan Q50S 3.5 Hibrid.

Pengarah Asia dan Oceania, Infiniti Motor Company Limited, Dane Fisher berkata, teknologi termaju pada Q50 dapat dilihat pada penggunaan sistem steer-by-wire pertama di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan dilaksanakan selama lebih 10 tahun, dinamakan Direct Adaptive Steering (DAS).

Menurutnya, DAS menawarkan pemanduan selesa, selamat dan ketepatan stereng yang belum pernah wujud sebelum ini.

Satu lagi ciri yang pertama seumpamanya di dunia kata beliau, ialah Active Lane Control (ALC). ALC menggunakan teknologi berasaskan kepada kamera untuk meningkatkan kemampuan keselamatan dan memastikan Q50 sentiasa berada di laluan yang betul.

"Kami yakin bahawa Infiniti Q50 baharu bakal mengukuhkan kehadiran kami dan terus membangunkan jenama ini di Malaysia. Infiniti Q50 baharu akan menawarkan prestasi yang diinginkan oleh para pelanggan menerusi bahasa rekaan baharu, pertukangan penuh ketelitian dan teknologi-teknologi inovatif," kata Fisher pada majlis pelancaran Q50 di sini baru-baru ini.

Q50 dikuasakan oleh enjin turbo empat silinder pancitan terus bersesaran 2.0 liter yang responsif dan bercekapan tinggi. Enjin ini mampu menawarkan kuasa sehingga 211hp dan kuasa kilas 350Nm bagi membolehkannya memecut dari 0 - 100km/j dalam tempoh 7.2 saat. Ia hanya menggunakan 1 liter petrol bagi setiap 13.6 km1.

Enjin 3.5 liter V6 dengan teknologi Direct Response Hybrid Infiniti pula menjana model Q50S Hybrid. Gabungan enjin petrol 3.5 liter V6 dan kecekapan motor elektrik kompak bersama bateri lithium-ion berkuasa 67hp berupaya menghasilkan kuasa mencecah 364hp dan tork mengagumkan sehingga 546Nm. Kombinasi sistem tersebut menawarkan tindak balas yang mengujakan apabila kelajuan 0-100km/j mampu dicatat dalam tempoh 5.1 saat sahaja. Kadar penjimatan bahan ­apinya juga begitu mengagumkan iaitu 16.1km/L1.

Pengarah Prestasi Infiniti, Sebastian Vettel - Juara Dunia F1 sebanyak empat kali turut membantu dalam pembangunan Infiniti Q50 baharu. Beliau menawarkan keupayaan pemanduan dan keghairahannya terhadap prestasi demi memastikan sports sedan baharu ini memiliki aspek dinamik yang terbaik.

Harga jualan di atas jalan tidak termasuk insurans ialah Q50 2.0T GT (RM248,800); Q50 2.0T GT Premium (RM278,800) dan Q50S 3.5 Hybrid (RM398,800).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.