saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 23/07/2012

Pelajar sekolah jadi ejen kenal pasti sarang pembiakan aedes

Sebahagian pelajar sekolah menengah pada majlis penyampaian hadiah pemenang Pertandingan Anti Aedes peringkat sekolah di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

KIRA-KIRA 2,000 pelajar mewakili 100 sekolah menengah di sekitar Lembah Klang terpilih menjadi renjer memburu lokasi pembiakan nyamuk aedes sempena pertandingan Anti Aedes peringkat sekolah yang berlangsung selama enam bulan bermula Februari lalu.

Pertandingan anjuran syarikat pengeluar racun serangga, S.C. Johnson Malaysia yang masuk kali keempat tahun ini itu berjaya memeriksa sebanyak 136,772 lokasi kediaman di lima negeri terpilih antaranya Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Pengurus Besar Kelompok Melayu S.C. Johnson, Ramon Daez berkata, bilangan rumah yang diperiksa pelajar pada pertandingan itu melebihi jumlah sasaran yang ditetapkan pihaknya iaitu sebanyak 120,000 lokasi.

"Pencapaian pelajar yang menyertai pertandingan ini semakin meningkat dan mereka sangat komited melaksanakan tanggungjawab sosial dan alam sekitar kepada masyarakat dengan matlamat untuk 'mencari dan menasihati' penghuni rumah tentang kepentingan menjaga kebersihan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Anti Aedes peringkat sekolah yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Pada pertandingan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Bukit, Kajang muncul juara pertandingan sekali gus menggondol hadiah wang tunai RM10,000 setelah berjaya merekod kunjungan terbanyak ke rumah kediaman.

Sekolah tersebut merekod lawatan dan memeriksa 16,337 rumah kediaman daripada keseluruhan 120,000 lokasi yang berjaya diperiksa oleh 100 sekolah yang menyertainya.

Selain itu kata Ramon, pelajar menumpukan usaha mendidik masyarakat untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes melalui bahan pendidikan yang diperolehi melalui kumpulan masing-masing.

"Melalui senarai kawasan rumah yang diperolehi dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, pelajar yang dikenali juga sebagai Renjer Anti Aedes mencari tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes dan menasihatkan pemilik rumah tentang kaedah pencegahan yang berkesan untuk membasmi nyamuk Aedes.

"Kita amat gembira dengan pencapaian dan komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar dalam menjayakan pertandingan ini sekali gus menepati sasaran kita untuk melahirkan lebih ramai generasi muda berperanan membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes ini," katanya.

Sementara itu, Dr. Hasan memuji inisiatif dan komitmen berterusan S.C. Johnson menganjurkan pertandingan tersebut pada setiap tahun demi memastikan masyarakat terus peka membasmi penyakit denggi dari semasa ke semasa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.