saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 06/11/2012

KWSP-Kementerian Pelajaran perkenal modul Employability Skills

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk memperkenalkan modul Employability Skills di 15 sekolah vokasional terpilih yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 pelajar.

Kesemua 15 sekolah vokasional tersebut dipilih daripada 78 sekolah vokasional di seluruh negara yang dinaik taraf kepada kolej vokasional oleh Kementerian Pelajaran sebagai projek perintis.

Modul yang dijangka bermula pada Januari tahun depan itu akan memberi tumpuan kepada perkara berkaitan keselamatan sosial dan bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap tanggungjawab dan hak-hak mereka sebagai pekerja atau majikan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Ibrahim Taib berkata, sebagai sebuah dana persaraan terulung dan tanggungjawab sosial korporat, KWSP memperkenalkan program itu bertujuan mendedahkan generasi muda dan pekerja terhadap kepentingan merancang lebih awal untuk hari tua.

''Modul ini direka untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu berkaitan, sebagai tambahan kepada kemahiran teknikal dipelajari untuk memasuki alam pekerjaan.

''Sebagai persediaan untuk pelaksanaan, KWSP dan kementerian sedang mengadakan bengkel melatih 30 guru terpilih dari kolej vokasional bagi membincangkan pelbagai topik berkaitan keselamatan sosial,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Modul Employability Skills kepada Kementerian Pelajaran di Kajang dekat sini hari ini.

Yang hadir sama ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab; Pegawai Eksekutif Tertinggi Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Penerangan dan Hal Ehwal Korporat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Roslan Ibrahim dan Pengarah Akademi Pencukaian Malaysia Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Adzhar Sulaiman.

Tambah Ibrahim, ramai pencarum salah faham mengenai peranan KWSP dengan beranggapan menyimpan wang di institusi itu sama seperti di institusi perbankan.

''KWSP beranggapan melalui pendidikan, peranan sebenar kami dapat disampaikan terutama dalam membantu kerajaan mencapai kemajuan sosial yang seimbang.

''Terdapat tiga peranan yang boleh dimainkan menerusi pendidikan iaitu memberi penerangan mengenai konsep dan sistem perlindungan sosial, meningkatkan kesedaran terhadap hak-hak pekerja dan memberikan gambaran jelas peranan sistem keselamatan sosial bagi mengelakkan salah faham.

''Pembangunan modul 'Employability Skills' ini diharap menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih luas untuk membangunkan keselamatan sosial dan skim KWSP, merangkumi pendidikan di peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi,'' jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.