saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 04/03/2013

Semangat 'merah putih' di Dabong

Gerabak kayu yang ditarik traktor menjadi 'bas sekolah' untuk anak-anak peneroka di Dabong, Kelantan.

DABONG, sebuah kampung tipikal di pedalaman Kelantan - di bahagian selatan jajahan Kuala Krai - 70 kilometer dari Gua Mudang dan 40 kilometer daripada pekan Kuala Krai.

Daripada Kota Bharu, lebih kurang 155 kilometer.

Di Dabong ada banyak cerita dan gambaran yang meninggalkan kesan tertentu, yang sebahagiannya mencerminkan kegigihan dan semangat merah putih tanah Cik Siti Wan Kembang. Di sisi yang lain, Dabong perlu perubahan kerana potensinya cukup besar.

Daripada perspektif moral - yang memang tipikal di Kelantan -walau pun secara relatifnya masyarakat di situ tidak mempunyai infrastruktur yang cukup seperti di Kuala Selangor, Selangor, atau Rembau di Negeri Sembilan, namun semangat isinya untuk mengubah masa depan sentiasa menyala .

Senario unik anak peneroka pergi ke sekolah dengan gerabak kayu yang ditarik dengan bingit enjin diesel traktor yang memecah sepi subuh, ketiadaan stesen minyak, tiada bank atau cawangannya untuk menyimpan wang, rumah-rumah yang uzur adalah pencerapan fizikal yang memberi gambaran awal sesiapa sahaja yang menjengah kampung berkenaan.

Ketiadaan bank bagi kemudahan menyimpan dikatakan menjadi penyebab berlaku banyak kes pecah rumah.

Namun begitu, survival penduduknya tetap berlangsung seperti biasa - perjalanan urus niaga di bawah payung pasar harian, anak- anak ke sekolah saban pagi, bunyi enjin bot 30 kuasa kuda membelah Sungai Galas serta deruan air terjun Gunung Setong setinggi 1,422 meter masih setia melaksanakan rutin.

Krew sukarelawan dan sukarelawati Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) yang membuat rutin kaji selidik di situ baru-baru ini, cuba menyelami perasaan dan memahami keperluan penduduk setempat , dan cuba melaksanakan perancangan strategik sekadar termampu.

Bagi krew SMP, pada kali ini mereka ke situ kerana ingin meneruskan tugas suci kesukarelawanan, khususnya setelah mendengar khabar angin kampung itu agak ketinggalan daripada arus permodenan.

Sebelum ini pun, mereka telah menjelajah seluruh semata-mata menyumbang bakti negara kepada yang memerlukan, dalam kadar termampu.

"Mungkin sedikit suntikan motivasi dan program kecemerlangan akademik daripada SMP dapat menyemarakkan anak-anak di sini untuk mengubah masa depan,'' kata Pengurus Besar SMP, Noraini Nordin kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.