saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 22/03/2013

Hafal al-Quran rahsia kejayaan pelajar STIAS

REMBAU 21 Mac - Didikan agama, menghafaz al-Quran dan bijak membahagikan masa adalah antara faktor kejayaan pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di sini apabila meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang diumumkan hari ini.

Kejayaan itu juga meletakkan sekolah ini berada pada kedudukan terbaik di peringkat daerah Rembau dengan memperoleh kelulusan 93.8 peratus.

Ketua Unit Pendidikan, Kumpulan Pendidikan Sofa, Abdullah Abdol Razak berkata, kejayaan itu adalah hasil usaha Presidennya, Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin yang menitik beratkan tentang kepentingan ilmu pengetahuan.

"Seramai 48 orang calon SPM telah didaftarkan pada 2012 dan ini merupakan kumpulan pertama yang didaftarkan bagi aliran sains agama dan sains ikhtisas berbanding tahun sebelumnya.

"Dua pelajar memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran, seorang pelajar mendapat 9A daripada 11 mata pelajaran yang diambil dan beberapa lagi pelajar memperoleh keputusan 7A, 8A dan 5A," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, Muhammad Mu'az Malizan muncul pelajar cemerlang apabila memperoleh 11A+ dan 1A; Zaidatul Hanim Zainal Abidin pula mendapat 6A+, 3A, dan 3A- serta Sharifah Amnah Abdul Rahman yang memperoleh 9A.

Menurut Abdullah, pelajar STIAS bukan sahaja menumpukan pada aliran akademik semata-mata, bahkan perlu menghafal al-Quran, belajar diniyyah serta mengkhatamkan tujuh kitab hadis Sunan Sittah dan Muwatta.

Sementara itu, Muhammad Mu'az berkata, kejayaannya adalah hasil didikan Syeikh Muhammad Fuad, selain mengamalkan cara pengajian beradab, hormat guru dan belajar kerana Allah SWT.

"Syukur Alhamdullillah dengan kejayaan ini. Kalau kita hendak berjaya, belajarlah ilmu itu dengan betul serta ikhlas kerana Allah SWT. Kita perlu hormat kepada guru mahupun ulama. Tentulah menghafal al-Quran, fahami maksud dan patuh dengan kalamnya, adalah rahsia kejayaan untuk segala-galanya," katanya.

Rakannya, Zaidatul Hanim berkata, kejayaannya bukan terletak pada usaha sendiri tetapi lebih kepada keberkatan adab khidmat kepada guru, khususnya Syeikh Muhammad Fuad.

''Saya bersyukur dengan kejayaan ini. Semua ini adalah untuk guru dan rakan-rakan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.