saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 22/03/2013

Najwa Latiff dapat 4A

BATU PAHAT 21 Mac - Penyanyi, Najwa Latif (gambar), 18, yang popular dengan lagu Muka Buku dan Kosong mendapat 4A daripada sembilan mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim di sini bagaimanapun tidak hadir bagi mengambil slip keputusan itu.

Keputusan SPM Najwa diambil oleh kakaknya, Syafikah yang hadir seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti.

Najwa ketika menduduki SPM tahun lalu menyasarkan untuk mendapat 6A selepas berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan percubaan.

Najwa antara 192 pelajar sekolah tersebut yang mengambil SPM tahun lalu dan keputusannya diumumkan hari ini.

Sementara itu, Najwa ketika dihubungi Utusan Malaysia tetap gembira dengan keputusan tersebut kerana sasaran keluarganya hanya 3A daripada sembilan mata pelajaran yang diambilnya.

"Keluarga sasar 3A tapi bila dapat 4A, Alhamdulillah kerana saya melebihi sasaran sebelum ini, bukan saya sahaja gembira tetapi keluarga juga.

"Disebabkan kejayaan ini, emak dan kakak ada bagi hadiah dan mungkin juga akan adakan sedikit jamuan untuk keluarga," katanya sambil memberitahu dia tidak hadir ke sekolah pagi ini untuk mengambil keputusan kerana ingin mengetahuinya menerusi laman web namun gagal.

Ditanya perancangan masa depan, Najwa berhasrat menyambung pengajiannya dalam bidang pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) kerana bercita-cita menjadi pensyarah suatu hari nanti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.