saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 05/08/2013

Sekolah Dalam Hospital diperluas

Sekolah Dalam Hospital yang diperkenalkan sejak tiga tahun lalu diperluaskan ke semua hospital di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak sebagai satu inisiatif berterusan kerajaan dalam menyediakan pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang menjalani rawatan di hospital.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, pada masa ini terdapat lapan buah hospital yang mempunyai kemudahan Sekolah Dalam Hospital manakala dua lagi dalam perancangan untuk diwujudkan iaitu masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.

"Kementerian berpuas hati dengan tahap penerimaan ibu bapa dan masyarakat terhadap kemudahan yang disediakan melalui program ekolah Dalam Hospital ini memandangkan pembelajaran yang ditawarkan berorientasikan pendekatan didik hibur dan fleksibel dalam persekitaran yang kondusif," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis tandatangan memperbaharui Memorandum dan Nota Persefahaman projek Sekolah Dalam Hospital bagi tempoh lima tahun akan datang di Putrajaya, baru-baru ini.

Projek yang dianggap mencipta sejarah dalam sistem pendidikan negara itu menggabungkan kerjasama dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan di bawah projek Hati Nurani Yayasan Nurul Yaqeen (YNY).

Pendekatan pembelajaran Sekolah Dalam Hospital berbeza daripada sekolah biasa iaitu berasaskan 'fun learning' yang menekankan pembelajaran secara santai dan menyeronokkan.

Persekitaran pembelajaran yang tenang, menarik dan penuh warna-warni merupakan terapi secara semula jadi bagi pelajar dan kanak-kanak di hospital.

Matlamat penubuhan Sekolah Dalam Hospital adalah bagi membolehkan golongan murid yang tidak bernasib baik dan terganggu masalah kesihatan mendapatkan kemudahan pendidikan lebih baik melalui sistem pembelajaran yang teratur serta sistematik ketika menjalani rawatan di hospital kerajaan.

Sekolah itu dilaksanakan secara secara formal dan berstruktur dengan memfokuskan kepada kesediaan dan keupayaan murid yang sedang menerima rawatan di wad hospital.

Ketika diwujudkan pada Julai 2011, tiga perintis Sekolah Dalam Hospital ialah di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang dan Hospital Serdang.

Kemudian diteruskan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian; Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras pada kasa kedua projek itu.

Seterusnya, Sekolah Dalam Hospital di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor merupakan yang kelapan dan telah beroperasi bermula 1 April lalu manakala perluasan ke Sabah dan Sarawak dijangka dilaksanakan pada akhir tahun ini.

Setakat ini, lebih 22,000 murid yang mempunyai masalah kesihatan telah mendapat akses pendidikan menerusi projek itu sejak Julai 2011 hingga April tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.