saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 23/09/2013

Dana KCM bantu pelajar lanjut pengajian

BAGI memenuhi impian murid menyambung pembelajaran ke peringkat pengajian tinggi, sebuah syarikat bumiputera, KCM memperkenalkan dana khas bertujuan membantu murid lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah program Dana KCM.

Pegawai Ketua Eksekutif Dana KCM, Dr. Nazim Abdul Rahman berkata, atas keprihatinan pihaknya, Dana KCM diperkenalkan untuk menyalurkan wang pendahuluan belajar secara percuma kepada murid yang layak.

Menurutnya, dana yang diperkenalkan sejak 2010 itu membolehkan murid mengemukakan permohonan secara atas talian tanpa perlu melalui prosedur permohonan yang kompleks dan syarat-syarat yang ketat.

"Pemohon yang berjaya akan menerima bantuan wang pendahuluan belajar dalam lingkungan RM100 hingga RM10,000 secara percuma tanpa perlu membayar balik atau terikat dengan mana-mana pihak termasuk Dana KCM sendiri," katanya dalam kenyataan akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kata beliau, wang pendahuluan tersebut bagi membolehkan murid mendaftar masuk ke universiti atau mana-mana kolej pengajian sebelum menerima bantuan pendidikan daripada agensi lain misalnya PTPTN.

Selain bantuan wang tunai, kata beliau, bimbingan kaunseling kerjaya akan diberikan kepada murid yang layak secara percuma bagi membantu mereka membuat pilihan kursus pengajian dengan tepat.

"Organisasi KCM ditunjangi oleh golongan pendidik berpengalaman dan profesional yang terlibat dalam bidang pendidikan dalam tempoh masa yang lama selain mahu memberi tanggapan kepada umum bahawa pendidikan bukan sahaja suatu kewajipan malah semua golongan mampu memiliki kelulusan yang diingini.

"Dana KCM dibuka sepanjang tahun untuk lepasan PMR (kursus sijil kemahiran) dan SPM tanpa mengira tahun peperiksaan diambil," katanya.

Nazim berkata, Dana KCM bertujuan membantu semua golongan murid yang berhasrat menyambut pembelajaran sama ada lulus atau tidak peperiksaan bersesuaian dengan misi Dana KCM untuk membantu murid mencapai cita-cita dan impian mereka melalui landasan pendidikan.

Bagaimanapun, ujarnya, lepasan PMR dan SPM harus membuat permohonan Dana KCM terlebih dahulu sebelum mendaftarkan diri di mana-mana universiti dan kolej.

"Sekiranya murid mendapat tawaran atau sedang menyambung pengajian di mana-mana institusi pendidikan sebelum membuat permohonan daripada Dana KCM, permohonan akan ditolak," tegas beliau.

Katanya, pada masa ini, Dana KCM sedang menjalankan siri jelajah ke sekolah bagi memberikan penerangan dan panduan ringkas mengenai kewujudan dana tersebut selain membantu murid mendapatkan teknik-teknik pembelajaran percuma dan membeli nota soalan-soalan ramalan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM di www.kcmexamtips.com.

Murid yang berminat boleh memohon melalui laman web www.danakcm.my dan mendaftar pada borang permohonan secara atas talian.

Pihak Dana KCM akan menghubungi pemohon mengenai status permohonan atau pemohon boleh membuat semakan dengan menghubungi talian 03-22825006, 03-22825009, 012-7122070 atau 012-5592070.

Selain itu, pemohon boleh berkunjung ke pejabat KCM di 17-6 & 19-6, Tingkat 6, The Boulevard Offices, Mid Valley City di Kuala Lumpur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.