saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 25/02/2014

Tutor Utusan Malaysia tarik minat pelajar

SEBAHAGIAN daripada pelajar dan guru SMK Ade Putera Masjid Tanah bersama Tutor Utusan Malaysia di Melaka, semalam. - UTUSAN/AZLI AHAD

ALOR GAJAH 24 Feb. - Kesan positif dalam meningkatkan prestasi akademik mendorong Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ade Putra, Masjid Tanah di sini untuk menjadikan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor sebagai bahan sokongan pembelajaran dalam kalangan pelajarnya.

Pengetuanya, Hamdan Hashim berkata, hasil penelitian penggunaan akhbar itu dalam proses pembelajaran dalam bilik darjah, ternyata amat membantu pelajar selain memudahkan guru.

Menurutnya, akhbar Tutor bukan sahaja sesuai digunakan untuk proses pengajaran, malah sebagai bahan latihan dan ulang kaji bagi memantapkan lagi pemahaman pelajar merangkumi pelbagai mata pelajaran.

"Pihak sekolah akan terus menjadikan Tutor sebagai pilihan utama bahan bantuan mengajar bagi mencapai sasaran meningkatkan kualiti pelajar dengan keputusan cemerlang dalam ujian serta peperiksaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia selepas merasmikan Program Nilam Peringkat Sekolah dan Tutor Utusan Malaysia di sekolah tersebut di sini hari ini.

Yang hadir sama, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Salbiah Ahmad; Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Malik Ahmad dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Rosni Daud.

Program pelancaran Tutor Utusan Malaysia yang pertama kali dianjurkan di sekolah itu melibatkan penyertaan 626 pelajar tingkatan satu hingga enam.

Jelas Hamdan, selain pelajar, akhbar berkenaan turut menarik minat guru menggunakannya dalam mempelbagaikan teknik serta proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) semasa di dalam kelas.

"Bahkan dengan konsep menarik, berwarna-warni dan penuh dengan ilustrasi, meningkatkan lagi keterujaan pelajar untuk menggunakan alat bantuan mengajar ini," tambah beliau.

Katanya lagi, pihak sekolah berharap semua pelajar dapat terus menggunakan Tutor terutamanya mereka yang bakal menduduki ujian dan peperiksaan sebagai persediaan awal.

"Selain di dalam kelas, akhbar ini juga diharap dapat digunakan pelajar semasa di luar kelas apabila ada kelapangan disebabkan saiznya kecil dan mudah dibawa ke mana-mana," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.