saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 20/03/2014

497 pelajar dapat semua A

MOHD. Noh Dalimin memegang laporan penuh keputusan STPM 2013 dalam sidang akhbar di bangunan Majlis Peperiksaan Malaysia, Bandar Baru Selayang, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 19 Mac - Bilangan calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 meningkat kepada 497 orang berbanding 450 pada 2012.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin bagaimanapun berkata, pada dasarnya keputusan itu tidak boleh dibandingkan secara khusus dengan keputusan peperiksaan tahun lalu berikutan format yang berbeza.

"Namun, secara umumnya prestasi calon STPM 2013 lebih baik berbanding pencapaian pada 2012.

"Pencapaian calon keseluruhan boleh dilihat dari dua aspek iaitu Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) dan kelulusan peringkat prinsipal," katanya dalam sidang akhbar di bangunan MPM, Bandar Baru Selayang dekat sini hari ini.

Pelajar yang menduduki STPM 2013 merupakan calon kohort pertama bagi sistem pentaksiran baharu yang dilaksanakan MPM setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.

Seramai 58,402 calon mendaftar untuk menduduki STPM 2013 berbanding 54,645 pada 2012.

Dalam pada itu, Mohd. Noh berkata, PNGK bagi STPM 2013 menunjukkan peningkatan kepada 2.55 berbanding 2.24 pada 2012.

Katanya, sebanyak 492 calon atau 0.89 peratus memperoleh PNGK 4.00 berbeza dengan 2012 iaitu 442 (0.86 peratus) sekali gus mempamerkan peningkatan sejumlah 50 calon.

"Daripada jumlah itu, 273 adalah calon aliran sastera dan 219 lagi mengambil jurusan sains.

"Sebanyak 284 pelajar adalah calon perempuan manakala 208 lagi lelaki," katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn berkata, seramai lapan calon mencapai keputusan cemerlang iaitu gred A dalam lima mata pelajaran.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Noh mengumumkan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang muncul sekolah cemerlang STPM 2013 apabila memperoleh 3.42 Gred Purata Sekolah (GPS) sekali gus mengekalkan pencapaiannya selama enam tahun berturut-turut sejak 2008.

"Buat pertama kali, anugerah khas diberikan kepada sekolah ini dan mereka menerima wang RM1,000, sijil penghargaan dan sebuah plak," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.