saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 20/03/2014

KISAS pilih masjid untuk kekal cemerlang STPM

REAKSI pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) selepas menerima keputusan peperiksaan STPM 2013 di Klang, Selangor, semalam.

KLANG 19 Mac - Pengurusan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) berhasrat meneruskan program bersama komuniti termasuk menjadikan masjid sebagai lokasi mengulangkaji untuk memastikan sekolah tersebut kekal mencatat keputusan terbaik dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada masa depan.

Penolong Kanan Tingkatan Enam KISAS, Abdullah Hassan berkata, program yang pertama kali diperkenalkan tahun lalu bersama kariah Masjid Kampung Raja Uda di sini berkesan sebagai persiapan kepada para pelajar menjelang menghadapi peperiksaan STPM.

Menurutnya, suasana pembelajaran yang berlainan sedemikian dilihat mampu memberi ketenangan kepada para pelajar yang bakal berdepan peperiksaan utama tersebut.

"Program komuniti itu pertama kali diadakan tahun lalu yang mana masjid digunakan untuk kegiatan akademik akan diteruskan.

"Di situ, selain mengadakan kegiatan kemasyarakatan, para pelajar juga menjalankan latih tubi untuk semua subjek," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

KISAS muncul sebagai sekolah cemerlang dalam STPM 2013 apabila memperoleh 3.42 Gred Purata Sekolah (GPS) sekali gus mengekalkan pencapaiannya selama enam tahun berturut-turut sejak 2008.

Dua pelajar sekolah berkenaan iaitu Naim Syukri Sidek, 20, dan Anis Syahirah Saiful Bahrin, 20, masing-masing mencatat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PGNK) 4.00.

Sementara itu, bekas Pengetua KISAS, Abdullah Jusoh memberitahu, beliau memberi penekanan terhadap aspek disiplin dan ketepatan waktu bagi memastikan para pelajar beroleh kejayaan.

Beliau yang baru sebulan bersara berkata, kedua-dua aspek berkenaan amat penting sekiranya seseorang mahu berjaya dalam kerjaya dan kehidupan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.