saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 21/03/2014

MRSM Tun Ghafar Baba ulangi pencapaian tahun lalu

Annuar Musa bersama pelajar cemerlang Maktab Rendah Sains Mara selepas sidang akhbar mengenai pencapaian MRSM dalam SPM di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MUHAMMAD NAQUIB ZUBIR (PELATIH IKBN PERETAK)

KUALA LUMPUR 20 Mac - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba di Jasin, Melaka mengulangi pencapaian tahun lalu apabila muncul yang terbaik daripada 48 MRSM di seluruh negara dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa berkata, daripada jumlah 442 calon yang menduduki peperiksaan itu di MRSM tersebut, 228 pelajar mendapat gred A untuk semua mata pelajaran.

"Daripada 24 pelajar seluruh MRSM yang mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran, 13 daripadanya adalah calon MRSM Tun Ghafar Baba.

"Dengan itu, MRSM Tun Ghafar Baba sekali lagi mencatat keputusan terbaik untuk SPM 2013 dengan memperoleh Gred Purata Maktab (GPM) 1.1329 diikuti MRSM Taiping (1.1426) dan MRSM Pengkalan Chepa (1.1971)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai pencapaian MRSM dalam SPM 2013 di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, daripada jumlah 7,645 calon MRSM, 1,229 pelajar atau 16 peratus memperoleh gred A untuk kesemua mata pelajaran dengan GPM keseluruhan 2.019.

Katanya, lima mata pelajaran menunjukkan peningkatan iaitu Bahasa Melayu dengan Gred Purata Subjek (GPS) 0.967, Sejarah (0.971), Fizik (3.15), Kimia (3.847) dan Pendidikan Seni Visual (0.72)

"Secara keseluruhan, pelajar-pelajar MRSM mencatat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2013 dan lebih membanggakan mereka juga cemerlang menguasai pelbagai lapangan kemahiran dan soft skills," ujarnya.

Seorang pelajar, Nursafiani Mahat, 18, dari MRSM Tun Ghafar Baba ketika ditemui dalam majlis itu berkata, beliau tidak mampu memperoleh keputusan cemerlang 10 A+ jika tiada sokongan daripada guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan.

"Jika diberi peluang, saya bercadang menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland atau United Kingdom (UK) seperti kakak-kakak saya," kata anak bongsu daripada enam beradik itu.

Sementara itu, seorang lagi pelajar dari MRSM sama, Ahmad Ayyash Aminuddin, 18, yang memperolehi 9 A+ untuk semua subjek berkata, beliau menjadikan amalan belajar pada awal pagi dan perbincangan berkumpulan sebagai persediaan menghadapi SPM.

"Sekarang saya sedang membuat A Level di Kolej Yayasan Saad, Melaka dan bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Fizik di Amerika Syarikat (AS) atau UK," kata anak bongsu daripada dua beradik itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.