saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 13/06/2014

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

* Dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan negara dan dalam masa sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi.

* Dokumen penting ke arah bergerak ke hadapan menerusi pendekatan secara inklusif dan komited melalui transformasi pembelajaran.

* Lahir selepas proses pencernaan daripada pelbagai pihak dan merupakan rangka yang terhasil dengan begitu teliti, tuntas, menyeluruh serta mencakupi semua lapisan masyarakat.

Dibangunkan dengan tiga objektif khusus iaitu:

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan kualiti, merapatkan jurang pencapaian, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid serta mengoptimumkan kecekapan sistem.

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid serta sistem pendidikan secara keseluruhan dalam tempoh 13 tahun.

3.Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian Pendidikan bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

* PPPM berhasrat mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

* Selain keberhasilan sistem, pihak berkepentingan juga jelas tentang tahap kualiti yang perlu ada pada setiap individu murid dengan mempunyai enam ciri utama mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Transformasi yang dilaksanakan disusun dalam tiga gelombang iaitu:

1. Gelombang 1 (2013-2015): Mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras.

2. Gelombang 2 (2016-2020): Mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem.

3. Gelombang 3 (2021-2025): Beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.