saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 16/06/2014

Fanatik matematik wakili negara ke IMO dunia

Peserta paling muda pertandingan matematik berprestij dunia, International Mathematical Olympiad (IMO) 2014, Yeoh Zi Song, 13, tidak kisah jika dilabel oleh rakan-rakan sebagai seorang yang gila matematik hanya kerana minatnya yang mendalam terhadap mata pelajaran itu.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, dia boleh menghabiskan masa seharian di rumah untuk menelaah, mencuba formula dan menyelesaikan masalah matematik walaupun dia boleh memilih untuk berhibur bersama rakan sebaya pada setiap cuti hujung minggu atau ketika cuti sekolah.

"Lagi sukar soalan matematik itu semakin mencabar pemikiran saya untuk cuba menyelesaikannya sehingga berjaya.

"Setelah berjaya menyelesaikan masalah matematik itu, baharulah saya berpuas hati dan boleh tersenyum seharian," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis Penyampaian cek tajaan ExxonMobil kepada Kontinjen Malaysia ke pertandingan IMO 2014 di Pusat Permata Pintar UKM dekat Bangi, Selangor baru-baru ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh menyampaikan cek tajaan RM110,000 untuk pasukan Malaysia yang dianggotai enam pelajar sekolah menengah ke IMO di Cape Town, Afrika Selatan pada 3 hingga 13 Julai ini.

ExxonMobil Malaysia menyumbangkan lebih RM1.5 juta sejak 2010 bagi program-program sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), termasuk RM444,500 bagi meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan matematik di samping RM334,500 bagi menjayakan program tahunan Cabaran Sains Nasional.

IMO adalah pertandingan matematik yang berprestij di peringkat antarabangsa untuk pelajar berumur bawah 20 tahun.

Setiap pelajar akan menduduki dua ujian bertulis yang setiap satunya mengambil masa empat jam 30 minit.

Ujian itu terdiri daripada tiga soalan matematik yang amat sukar merangkumi topik aljabar, kombinatorik, geometri serta teori nombor.

Soalan-soalan IMO direka khas oleh pakar-pakar matematik dunia.

Kata Zi Song, dia mengetahui mengenai cabaran IMO sejak menyertai pertandingan dan aktiviti matematik anjuran Akademik Sains Negara dan secara berperingkat membuat persediaan rapi.

"Saya sudah didedahkan dengan pertandingan ini sejak tahun enam lagi dan melalui latihan yang disediakan oleh pihak akademi, saya mengumpul bahan dan pengalaman daripada rakan senior yang pernah mewakili negara dalam pertandingan IMO pada tahun sebelumnya," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar yang sudah dua kali menyertai IMO sebelum ini, Justin Lim Kai Ze, 18, berkata, walaupun agak berpengalaman dalam IMO namun cabaran pertandingan itu semakin sukar setiap tahun sekali gus memerlukan persediaan intensif.

"Ini kerana soalan yang dikemukakan secara on the spot, tiada pilihan jawapan, semuanya melibatkan jalan kerja penyelesaian yang tepat justeru peserta perlu benar-benar pakar dan menguasai sepenuhnya pengetahuan tentang matematik.

"Saya lebih bimbangkan pasukan negara China kerana mereka memang hebat dan berupaya menyelesaikan masalah yang diberi dengan amat mudah, seolah-olah mereka sudah mengetahui lebih awal soalan-soalan tersebut," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.