saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 22/09/2014

Pupuk minat belajar sejarah melalui teater

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Wangsa Melawati menjadikan pementasan teater muzikal berdasarkan teks Sejarah Tahun Empat Ladin Si Puyu-Puyu sebagai salah satu program tahunan sekolah untuk menarik minat murid mempelajari subjek berkenaan yang baru diperkenalkan pada tahun ini di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Melalui pementasan teater ini, murid terbabit dilatih untuk lebih berdisiplin, hormat-menghormati dan bekerjasama dalam kumpulan sejajar dengan program Penyayang yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan selain memberi ruang kepada mereka untuk aktif dalam bidang kesenian mengikut minat masing-masing.

Pada masa yang sama, pementasan teater ini juga boleh dijadikan bahan bantu mengajar kepada guru mata pelajaran Sejarah untuk mengelakkan murid bosan dan menyuntik semangat serta dorongan kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh.

Teater muzikal yang dijayakan oleh guru dan murid yang merupakan ahli Kelab Kesenian dan Kebudayaan sekolah ini akan dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 September 2014.

Hasil sumbangan pementasan melalui jualan tiket masuk berharga RM5 akan disalurkan kepada tabung kewangan sekolah bagi kegunaan kelab dan persatuan selain diagihkan kepada badan kebajikan anak-anak yatim dan Badan Kepemimpinan SK Wangsa Melawati.

Tiket masuk boleh diperoleh di sekolah, di pintu masuk auditorium atau hubungi talian 03-41438188/012-2303085.

Dalam pementasan ini, murid tahun 5 dan 6 terbabit dalam aspek pentadbiran dan muzik manakala murid tahun 3 dan 4 pula terlibat dalam bidang lakonan, tarian dan koir.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.