saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 25/09/2014

Media dalam pendidikan kanak-kanak

Rosmah Mansor (tengah) bergambar bersama kanak-kanak pada perasmian Sidang kemuncak Dunia Mengenai Media Bagi Kanak-kanak di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PERANAN media dalam pendidikan dan pembangunan kanak-kanak sangat menyumbang ke arah membantu golongan ini memiliki kelestarian dalam aspek pendidikan.

Perkembangan media sangat penting terhadap pembangunan pendidikan dan kebajikan terutama kepada kanak-kanak di negara sedang membangun berikutan jumlah mereka yang dilaporkan iaitu sebanyak 75 peratus golongan berkenaan tidak bersekolah.

BAGI membincangkan peranan media kepada pendidikan kanak-kanak, satu Sidang kemuncak Dunia Mengenai Media Bagi Kanak-kanak (WSMC) 2014 telah berlangsung selama tiga hari di negara ini, baru-baru ini.

Pelbagai isu berkaitan peranan media dalam pembangunan, pelajaran dan kebajikan kanak-kanak telah dibincangkan oleh wakil-wakil berkaitan dari seluruh dunia.

Persidangan kali ketujuh ini turut disertai kira-kira 1,000 peserta dari 61 buah negara anjuran Kesatuan Penyiaran Asia-Pasifik (ABU) dan Yayasan WSMC yang dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Antara isu yang dibincangkan ialah mengenai potensi media dalam membantu perubahan kepada kanak-kanak dari aspek pendidikan dan pembangunan diri. Turut diadakan pameran dan pertunjukkan daripada kanak-kanak terbabit.

Isu tersebut membahaskan bagaimana peranan media memberi sumbangan dalam aspek pendidikan dan pembangunan minda kanak-kanak sekarang.

Dalam perbincangan ini juga melihat sejauh mana peranan media digunakan sebagai alat berkesan dalam perubahan pendidikan kanak-kanak

Beberapa ahli panel jemputan dari dalam dan luar negara berkongsi maklumat dan idea masing-masing selama persidangan berlangsung.

Presiden International Movement, Just World Malaysia, Dr. Chandra Muzaffar berkata, anak muda yang hidup pada era globalisasi mempunyai cabaran terbesar terutama dari aspek sosial dan budaya hidup mereka.

“Cabaran utama mereka adalah perlu menjalani kehidupan bersama-sama dalam kelompak masyarakat dan bangsa yang pelbagai etnik dan agama.

“Kewujudan media pada era ini bukan sahaja membuka peluang yang luas untuk mereka berhubung di seluruh dunia, malahan keadaan tersebut juga menjadikan remaja hari ini hidup lebih berdikari dan bebas.

“Remaja yang hidup pada era ini juga perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti nilai hormat menghormati antara satu sama lain dan komunikasi berkesan antara mereka supaya peluang yang luas tersebut dapat digunakan sebaik mungkin terutamanya dalam aspek pendidikan," katanya.

Kuasa media

Sementara itu, Pengurus Besar Radio Romania, Ovidiu Miculescu berkata, media mempunyai kuasa untuk mengawal minda dan perilaku individu, budaya dan juga pendidikan,

“Contohnya, pendidikan menggunakan media di National Media Romania bermula di abad 21 berikutan keperluan kepada kanak-kanak tersebut membesar dengan cerita dan drama yang disiarkan di radio

“Siaran radio drama memberi impak kepada daya rangsangan imaginasi kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif dan berbeza. Contohnya, apabila sesuatu drama sedang ditayangkan di radio, kanak-kanak yang mendengar bukan sahaja menggunakan deria pendengarannya malahan minda mereka turut dirangsang melalui imaginasi yang sedang mereka bayangkan tentang watak-watak dan jalan cerita tersebut," katanya

Beliau menerangkan, drama tersebut bukan sahaja terhad kepada pendengar dalam kalangan kanak-kanak malahan ibu bapa juga turut berperanan dalam mendedahkan maklumat kepada mereka.

Ovidiu juga menjelaskan penerimaan kanak-kanak di Romania terhadap media pendidikan juga sangat mesra dan terbuka. Ini berikutan pelbagai ilmu dan maklumat mudah diperoleh mereka melalui pembacaan buku secara audio dan drama internet.

Bagi Karen Wan Siew Lee dari Universiti Taylor’s, Malaysia, kanak-kanak perlu didedahkan secara seimbang antara penggunaan media dalam pendidikan

“Mereka perlu diajar bagaimana kaedah berkesan untuk menggunakan media secara seimbang terutama aspek pendidikan. Dalam masa yang sama juga pendidikan secara tradisional masih diamalkan seperti biasa.

“Pelbagai peluang yang diberikan media terutama aspek pendidikan sama ada di peringkat pengajian rendah sehinggalah peringkat tertinggi perlu digunakan sebaik mungkin. Mereka perlu dilatih untuk memilih saluran media yang baik berikutan mereka bebas memilih apa yang mereka inginkan dari media.

“Ibu bapa berperanan menerang dan memberi pendedahan fungsi media sebagai alat perantara kepada mereka. Seeloknya ibu bapa meluangkan masa bersama-sama anak mereka ketika sedang melayari media dengan menerangkan situasi dan keadaan sebenar berkaitan bahan yang sedang ditonton mahupun didengar," katanya. - Siti Aishah Yusoff

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.