saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 29/09/2014

Tutor bantu tingkat prestasi akademik

SEBAHAGIAN daripada calon SPM Parlimen Keningau gembira menerima tajaan akhbar pendidikan Tutor di Dewan Terbuka SMK Nambayan, di Tambunan, Sabah, baru-baru ini.

AHLI Parlimen Keningau, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menaja 20,400 naskhah akhbar pendidikan Tutor, Utusan Malaysia yang berjumlah RM17,366 kepada 2,550 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari 11 buah sekolah di kawasan parlimennya.

Menurut beliau, penajaan Tutor itu adalah salah satu usaha dalam meningkatkan prestasi dan kualiti keputusan peperiksaan di Daerah Tambunan dan Keningau, Sabah.

"Saya tertarik dengan isi kandungan Tutor dan yakin akhbar pendidikan ini dapat membantu semua pelajar membuat persediaan yang lebih mantap untuk menghadapi peperiksaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian majlis penyerahan tajaan itu di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nambayan di Tambunan, Sabah, baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Alip dan Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Cawangan Sabah, Celestina Ubing.

Sementara itu, Jame berkata, akhbar pendidikan Tutor ini sangat baik dan sememangnya boleh membantu pencapaian pelajar kerana kandungannya menepati skema soalan peperiksaan dan disediakan oleh penggubal soalan yang berpengalaman.

"Tajaan ini diharap akan menjadi pembakar semangat di samping dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berusaha dengan gigih, tanpa rasa jemu dan bosan untuk menimba ilmu pengetahuan," tegasnya.

Beliau juga berharap, pada masa depan tajaan serupa ini diperluas kepada calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) supaya prestasi akademik akan meningkat bermula di peringkat rendah.

Selain Tutor SPM, Utusan Malaysia turut menerbitkan Tutor UPSR dan Tutor PT3 pada setiap Isnin di samping Tutor English (Selasa) serta Tutor Fokus A (Rabu).

Setiap terbitan adalah eksklusif untuk langganan sekolah dengan harga 50 sen senaskhah.

Untuk langganan Tutor di Sabah, sila hubungi Celestina menerusi 012-8020261.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.