saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 01/10/2014

Dua murid Orang Asli tetap hadir ambil UPSR

PEKAN 30 Sept. - Laba diraih individu yang membocorkan soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini barangkali bukan sedikit sehinga dapat menggelapkan mata mereka untuk melakukan perbuatan keji itu.

Namun, kesusahan pihak lain akibat tindakan pengkhianat negara itu pastinya jauh lebih besar terutama kepada murid yang tinggal di pedalaman apabila terpaksa menempuh pelbagai kepayahan untuk hadir ke sekolah bagi menduduki semula kertas peperiksaan terlibat.

Ini termasuk yang perlu dilalui dua calon UPSR Orang Asli dari Kampung Melai dekat Tasik Chini hari ini apabila terpaksa menempuhi perjalanan dengan tiga cara termasuk bot sebelum dapat tiba ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tasik Chini.

Dalam keadaan yang masih gelap, Amos Biang Lala dan Nor Fazilah Linggi perlu membonceng motosikal meredah laluan di celah hutan selama kira-kira 25 minit untuk ke jeti Kampung Melai bagi menaiki bot.

Menurut Nor Fazilah, setelah 20 minit menaiki bot barulah mereka sampai di jeti Kampung Gumum tetapi perlu berjalan kaki pula iaitu kira-kira dua kilometer untuk sampai ke sekolah.

Namun, katanya, kes kebocoran soalan UPSR baru-baru ini langsung tidak mematahkan semangatnya bersama Amos apabila tetap hadir hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan ulangan kertas Sains dan Bahasa Inggeris hari ini.

Menceritakan perjalanannya hari ini, murid daripada suku kaum Jakun itu berkata, dia bangun sebelum 6 pagi untuk bersiap ke sekolah dan perlu membonceng motosikal yang ditunggang bapanya selama 25 minit untuk tiba ke jeti terdekat dengan kediamannya di Kampung Melai.

"Mengenai ujian hari ini pula memang agak susah, namun saya boleh jawab semua. Sasaran saya dapat 5A dalam UPSR" katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Gumum di sini.

Bagi Amos Biang, peperiksaan hari ini agak susah berbanding sebelum ini namun dia telah buat sebaik mungkin bagi mendapat keputusan cemerlang.

"Cita-cita saya menjadi guru dan saya juga sasar dapat 5A dalam peperiksaan ini," kata anak keempat daripada tujuh adik-beradik itu.

Sementara itu, Guru Besar SK Tasik Chini, Akit Huat berkata, pihaknya membuat pelbagai persediaan bagi memastikan calon UPSR dapat hadir menduduki peperiksaan.

"Kita buat persediaan sejak semalam dengan pergi ke setiap rumah murid terlibat untuk memberitahu supaya hadir ke sekolah pada hari ini. Hari ini kita lihat kehadiran 100 peratus. Kita juga sasar 100 peratus lulus dengan empat murid mendapat 5A," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.