saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 01/10/2014

Guru sekolah Orang Asli jemput calon UPSR di rumah

Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Mas, Sungai Lembing, Pahang, Nawawi Sarupin (dua, kanan) dan Mohd. Fadhil Omar (tiga, kiri) mengambil inisiatif termasuk menjemput calon Orang Asli dari rumah mereka yang tidak mempunyai kenderaan untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kertas Sains dan Bahasa Inggeris semalam berikutan kebocoran soalan sebelum ini. - UTUSAN/SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL

KUANTAN 30 Sept. - Dua calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebuah sekolah Orang Asli di Sungai Lembing di sini menerima 'layanan istimewa' apabila dijemput dan dihantar pulang guru mereka bagi memudahkan murid itu menduduki peperiksaan ulangan kertas Sains dan Bahasa Inggeris hari ini.

Ini kerana dua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Mas itu, Zainal Kamal dan Mazlan Razak tinggal agak jauh dari sekolah dan ibu bapa mereka pula tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Menurut Guru Penolong Kanan, SK Sungai Mas, Nawawi Sarupin, dia bersama seorang lagi guru, Mohd. Fadhil Omar mengambil inisiatif untuk menjemput calon UPSR sekolah itu yang menghadapi masalah pengangkutan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan ulangan seperti dijadualkan hari ini.

"Terdapat calon dalam kalangan Orang Asli tinggal agak jauh dari sekolah iaitu kira-kira tiga kilometer dan keluarga mereka tiada kenderaan.

"Pihak sekolah mengambil inisiatif menjemput dan menghantar mereka agar hadir menduduki peperiksaan ulangan hari ini. Kami bukan sahaja menjemput dan mengambil dengan motosikal, malah turut mengejutkan serta mengingatkan mereka mengenai peperiksaan ulangan ini," katanya kepada pemberita di SK Sungai Mas di sini.

Nawawi berkata, daripada 11 calon UPSR yang berdaftar di sekolah itu, hanya tujuh yang hadir manakala selebihnya gagal dikesan sejak peperiksaan itu bermula.

"Empat yang gagal dikesan atau tidak hadir itu mungkin mengikut ibu bapa masing-masing masuk ke hutan untuk mencari petai atau memancing ikan bagi membantu keluarga," katanya.

"Kita sudah ambil pelbagai langkah termasuk pergi ke rumah untuk mengingatkan mereka, namun masih ada yang gagal hadir untuk menduduki peperiksaan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan negeri, Razali Mustafar berkata, seramai 24,542 calon di negeri ini menduduki peperiksaan ulangan bagi kertas Sains dan Bahasa Inggeris selepas 591 calon gagal menghadirkan diri.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 12 calon terpaksa menduduki kertas ulangan tersebut di hospital disebabkan pelbagai penyakit termasuk kemalangan manakala 22 calon dikuarantin akibat sakit mata.

"Peperiksaan ulangan berjalan lancar seperti dijadualkan. Dalam masa yang sama, pihak jabatan masih menyiasat punca 591 calon yang gagal menghadirkan diri itu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:32
Maghrib 7:05
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.