saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 02/10/2014

Tutor jadi bahan rujukan SMK Dengkil

Shahrum Mohd. Sharif (barisan dua, enam dari kiri) bersama pelajar SMK Dengkil yang menyertai Bengkel Pemantapan Kertas Bahasa Melayu di sekolah tersebut di Dengkil, Selangor, semalam.

SEPANG 1 Okt. - Kandungan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor yang padat dengan soalan latih tubi terkini menarik minat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil untuk menjadikan bahan itu sebagai rujukan Bengkel Pemantapan Kertas Bahasa Melayu di dewan sekolah tersebut hari ini.

Program yang diadakan dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia itu mendapat tajaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd. Sharif yang menaja sejumlah 250 naskhah Tutor Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bernilai RM2,000.

Bengkel selama dua jam itu dikendalikan calon guru cemerlang Bahasa Melayu 2013 dan juga guru berpengalaman SMK Jalan Reko, Mohamad Jalil Mohamad Yunus menggunakan Tutor SPM keluaran edisi 37.

Sementara itu, Guru Bahasa Melayu SMK Dengkil, Intan Nasirah Hamidah Yaacob berkata, Tutor SPM menyediakan format soalan terkini yang digubal oleh penggubal berpengalaman dan amat sesuai digunakan sebagai latihan tambahan kepada calon SPM.

Menurutnya, soalan latih tubi Tutor SPM juga berkualiti selain menyediakan paparan muka akhbar yang berwarna-warni sekali gus menarik minat pelajar menelaah bahan tersebut.

"Tutor bukan sahaja merupakan bahan pembelajaran yang sistematik dan menarik malah kandungan bahan yang disediakan pula adalah terkini sekali gus mampu mencabar kemahiran pelajar dalam menjawab soalan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada majlis tersebut di sini.

Beliau yang turut mengajar mata pelajaran Sejarah berkata, pihak sekolah tertarik dengan Tutor SPM kerana akhbar itu mengandungi set soalan ramalan SPM yang lengkap dan memenuhi keperluan sekolah.

Pada masa yang sama katanya, menerusi Bengkel Pemantapan Kertas Bahasa Melayu yang diadakan hari ini, diharap dapat meningkatkan prestasi sekolah dalam keputusan SPM tahun ini.

Sementara itu, Shahrum berkata, beliau berasa bertuah kerana berpeluang menyumbang kepada usaha meningkatkan taraf pendidikan para pelajar dalam DUN Dengkil.

Beliau turut mengingatkan pelajar bahawa untuk mencapai keputusan cemerlang pada peperiksaan nanti, golongan tersebut perlu berusaha gigih termasuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan pendidikan yang disediakan termasuk penggunaan Tutor di sekolah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.