saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 06/10/2014

2 sekolah dinobat pemenang Water Vision 2014

AHMAD Ismail (duduk, tiga dari kanan) dan Shanmuggaraj (duduk, empat dari kanan) bersama pelajar dari empat buah sekolah terbaik yang berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Water Vision 2014 di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Michael dari Penampang, Sabah dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Hwa, Johor diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Water Vision 2014 anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan syarikat minuman terkemuka Coca-Cola Malaysia di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Naib Presiden MNS, Prof. Ahmad Ismail berkata, penganjuran pertandingan itu bertujuan menyemai sikap tanggungjawab dalam pemuliharaan air dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia.

"Melalui program Water Vision ini, kami berharap dapat menggalakkan golongan pelajar untuk mengaitkan masa depan mereka dengan pemuliharaan air dan seterusnya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melindungi sumber itu.

"Setiap pasukan yang terdiri daripada empat pelajar dan diselia oleh seorang guru dikehendaki menghantar satu pembentangan multimedia selama 15 minit yang menyentuh tema penyertaan iaitu isu-isu pemuliharaan air.

"Kami gembira kerana bukan sahaja sambutan semakin baik setiap tahun tetapi juga peningkatan dari aspek kualiti," katanya.

Yang turut hadir, Ketua Bahagian Pendidikan Alam Sekitar MNS, I. Shanmugaraj.

Kedua-dua sekolah tersebut masing-masing menerima iPad dan sijil penyertaan.

Selain itu, dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Kedah dan Sekolah Menengah Darul Ehsan, Selangor mendapat anugerah khas juri.

Setiap sekolah ditugaskan untuk mencari strategi terbaik untuk mempamerkan kaedah pemuliharaan air di sekolah-sekolah dan komuniti setempat selain menjalankan projek pemuliharaan alam sekitar.

Pertandingan yang berlangsung dalam tempoh sembilan bulan bermula Januari lalu itu disertai 22 buah sekolah dengan 84 penyertaan dari seluruh negara.

Sementara itu, Shanmuggaraj berkata, pemuliharaan air amat penting kerana ia memainkan peranan utama dalam kehidupan masyarakat dan mustahak bagi mengekalkan kekayaan serta kepelbagaian hidupan.

"Kami amat gembira berpeluang menjadi sebahagian daripada penganjuran pertandingan ini kerana ia merupakan satu landasan penting bagi mengukuhkan dan menyemai tabiat bermanfaat dalam kalangan pelajar tentang pemuliharaan air," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:35
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.