saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 06/10/2014

Transformasi diri melalui pertandingan pelihara alam sekitar

PELAJAR SMK Dato' Ahmad Razali melaungkan keyakinan selepas tamat bengkel mengenai enzim sampah di sekolah itu di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Program tajaan Affin Bank, Young Voices for Conservation (YV4C) anjuran Treat Every Environment Special (TrEES) yang diadakan sejak empat tahun lalu bukan sahaja memberi pendedahan tentang kepentingan alam sekitar malah turut membentuk keterampilan diri pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid berkata,melalui program ini pelajar dapat menukar idea yang kreatif kepada hasil yang realiti untuk pemulihan alam sekitar.

"Kami percaya bahawa para pelajar harus diberi pendedahan awal mengenai kepentingan untuk menjaga alam sekitar dan teknik yang dipelajari sepanjang program ini juga amat berguna bagi membentuk sahsiah dan jati diri mereka," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dengan sokongan Kementerian Pendidikan, program ini menjadi platform kepada pelajar bertanding secara sihat dalam pemulihan serta memelihara alam sekitar.

Selain itu, pelajar bertindak sebagai ejen pengubah bagi menghijaukan sekolah mereka dengan menggalakkan pembabitan warga sekolah dalam projek mereka.

Sementara itu, Pengarah TrEES, Leela Panikkar memberitahu, sepanjang program YV4C, pelajar bukan sahaja mempelajari ilmu serta teknik mengenai alam sekitar tetapi mengalami transformasi diri yang lebih baik.

Menurutnya, pelajar dapat mela lui pengalaman dan menimba penge tahuan selain mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi serta berani untuk menghadapi cabaran hidup.

Bagi Penolong Ketua Projek SMK Bandar Baru Sungai Buloh, Mustafizur Rahman, program YV4C memberi pengetahuan dan kemahiran hidup kepada pelajar.

"Melalui cara ini, pelajar mampu menjadi generasi akan datang yang kuat dan tabah untuk menghadapi cabaran hidup," ujarnya.

Anggota projek SMK Sungai Pusu, Nur Hazriena Hauzini berpendapat, program ini sebagai ubat mujarab untuk penyakit malas dan sifat pentingkan diri sendiri.

"Sebelum saya menyertai program ini, saya tidak mempunyai ramai kawan dan sikap kepimpinan dalam diri saya kurang terserlah namun hari ini segalanya sudah berubah ke arah lebih baik," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:35
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.