saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 06/10/2014

Karnival Ceriathon SK Bandar Tun Hussein Onn meriah

Murid, guru dan komuniti setempat membeli barangan di gerai jualan Karnival Ceriathon SK Bandar Tun Hussein Onn dekat Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kira-kira 10,000 pengunjung mem­banjiri perkarangan Sekolah Ke­bangsaan (SK) Bandar Tun Hussein Onn bagi memeriahkan Karnival Ceriathon anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu dekat Kuala Lumpur baru-baru ini.

Guru Besarnya, Azimah Ibrahim berkata, selain murid dan ibu bapa, komuniti setempat turut mengha­diri program tahunan itu yang me­nyediakan pelbagai gerai jualan ma­kanan dan minuman termasuk permainan interaktif menarik.

"Berbanding tahun-tahun sebe­lumnya, buat pertama kalinya diadakan permainan sky runner yang pada masa ini menjadi kegilaan go­longan remaja yang meminati sukan ekstrem," katanya.

Antara permainan interaktif lain yang disediakan termasuklah helicopter joyride, rumah misteri, mini cinema, taman air mini, belon berangin, tunggang kuda dan basikal trike.

Pihak sekolah mencetak 8,000 kupon bagi menjayakan karnival ini dan 5,000 kupon telah digunakan untuk jualan tiket Rumah Misteri.

Kata Azimah, kutipan jualan kupon program itu akan dijadikan dana PIBG sekolah bagi tujuan peningkatan prestasi akademik dan pembaikan sekolah dari semasa ke semasa.

Ujar beliau, selain mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ibu bapa dan masyarakat, penganjuran karnival ini dibantu oleh pihak korporat seperti Kentucky Fried Chic­ken (KFC) yang membantu dalam melaksanakan acara senam robik dan membuka gerai jualan hidang­an ayam KFC.

"Walaupun kebanyakan gerai jualan disewakan kepada peniaga dari luar namun turut disertai guru dan ibu bapa yang terdiri daripada AJK PIBG sekolah yang tidak ketinggalan menyumbang tenaga serta kewangan bagi mengumpul dana sekolah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.