saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 13/10/2014

YPC anjur Seminar PT3 mantapkan persediaan sekolah angkat

SEBAHAGIAN daripada 400 peserta yang menyertai program ceramah motivasi perdana di Batu Kurau, Perak baru-baru ini.

Seramai 400 orang pelajar sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) mengikuti Seminar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk melengkapkan persediaan mereka menghadapi peperiksaan itu di Kolej YPC IT WEB, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, penganjuran seminar itu merupakan satu pendedahan positif kepada pelajar untuk mereka memahami perubahan yang berlaku dalam PT3 sekali gus meningkatkan persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

"YPC sentiasa perihatin de­ngan setiap perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan dan berusaha melaksanakan beberapa sesi seminar kecemerlangan yang bertujuan membantu murid-murid di sekolah angkat demi me­ningkatkan prestasi, kejayaan serta pencapaian mereka," katanya.

Empat guru cemerlang mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bertindak sebagai penceramah untuk membimbing pelajar terbabit.

PT3 yang merangkumi soalan berformat kemahiran berfikir aras tinggi mula dilaksanakan pada tahun ini bagi menggantikan pe­periksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Peperiksaan baharu PT3 ini dilihat mampu mencabar daya kreativiti pelajar kerana memerlukan mereka berfikir lebih positif dan kreatif untuk mendapatkan jawapan yang betul dan tepat berban­ding PMR.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.