saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 13/10/2014

Bajet holistik, rangkumi semua peringkat persekolahan - Mary Yap

TAWAU 12 Okt. - Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching menyifatkan Bajet 2015 sebagai holistik kerana peruntukan untuk Kementerian Pendidikan meliputi semua peringkat persekolahan.

Katanya, jumlah sebanyak RM52.36 billion atau 23.4 peratus daripada keseluruhan peruntukkan bajet memperlihatkan bahawa kerajaan menyedari kepentingan pendidikan sebagai tunggak utama pembangunan negara.

"Bajet 2105 memperlihatkan kerajaan sangat memberi perhatian terhadap pendidikan di negara ini.

"Peruntukan kali ini merangkumi semua peringkat dari prasekolah hingga ke universiti termasuk institusi perguruan, politeknik, kolej komuniti dengan tumpuan dalam bidang kajian," katanya kepada pemberita selepas program Larian Pink Ribbon di Padang Bandaran di sini, hari ini.

Mary Yap berkata, bajet itu juga bersesuaian dengan Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia (PPPM) dan Pelan Strategik Institusi Pengajian Tinggi Negara yang merupakan kunci utama dalam merealisasikan hasrat kerajaan menuju negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada kerajaan pusat kerana menambah peruntukan untuk menaik taraf kemudahan di semua sekolah jenis kebangsaan dan ini menunjukkan kerajaan mendengar suara rakyat," katanya.

Mengulas mengenai program larian itu, beliau berkata, ia sangat penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit kanser payu dara.

"Program itu boleh memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap pentingnya mendapat rawatan pemeriksaan awal bagi membolehkan pesakit menerima rawatan segera," katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.