saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 13/10/2014

Nur Irdina, Gan Jin Jin Tokoh Nilam Wilayah Persekutuan

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tun Dr. Ismail 2, Nur Irdina Abdul Kher dan Gan Jin Jin dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson diumumkan sebagai Tokoh Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) 2014 peringkat Wilayah Persekutuan bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam majlis penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Nilam, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tokoh Nilam bagi kategori Sekolah Menengah Bahasa Melayu diraih Muhammad Hakim Hasbullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segambut Jaya manakala bagi kategori Bahasa Inggeris pula menjadi milik Nur Fatihah Mohammad Nor dari Sekolah Menengah Sains (SMS) Seri Puteri.

Program anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan negeri Wilayah Persekutuan itu dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datin Nawal Salleh.

Sejumlah 130 pelajar termasuk sekolah pendidikan khas menyertai pertandingan itu yang mula diperkenalkan melalui program Nilam pada tahun 1999.

Yang turut dipertandingkan adalah tiga kategori Pendidikan Khas - masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah penglihatan dan pembelajaran.

Di samping itu, terdapat juga kategori individu sekolah rendah tahap 1 dan 2, SJKC tahap 1 dan 2, SJK Tamil tahap 1 dan 2 serta sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas.

Pertandingan itu turut menampilkan kategori Pusat Sumber Cemerlang yang dimenangi oleh SK Bangsar dan SK Kiaramas untuk kategori sekolah rendah manakala kategori sekolah menengah pula dimenangi SMK Datok Lokman dan SMK Puterijaya.

Tokoh Nilam peringkat Wilayah Persekutuan ini layak ke pertandingan Nilam peringkat kebangsaan tahun depan.

Nilam merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah merangkumi rancangan membina membaca secara terancang dan berterusan (peringkat pengurusan), aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (praktikal) dan merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun sehingga tamat persekolahan (penilaian).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.